Herankan? Kenapa pulak Si Nurul Izzah ni mudah sangat melatah? Nak pulak sejak Si Ketua Penipu tu disumbat masuk ke dalam penjara kerana didapati bersalah MELIWAT Bekas Pembantu Peribadinya.
Apa yang membuatkan Si Nurul Izzah tu hilang akal? Adakah kerana dia Terlalu Tertekan kerana tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang mendakwa Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat?
Atau, adakah dia Terlalu Tertekan kerana status dia sekarang ni sebagai seorang Mak Janda yang telah menceraikan suami sendiri tanpa sebarang sebab musabab yang dijelaskan kepada rakyat?
Mungkin atas sebab itulah Si Nurul Izzah tu sanggup melabelkan Perdana Menteri sebagai seorang Maharaja Diktator hanya semata - mata kerana tindakan yang lansung Takde Kaitan dengan dia.
Mana tidaknya. Si Nurul Izzah tu memberikan label tersebut kepada Perdana Menteri kerana menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Tak pernah pulak kita sangka yang Si Nurul Izzah tu selama hari ini merupakan penyokong kuat Tan Sri sehingga menyebabkan dia hilang akal bila Tan Sri digugurkan dari barisan Kabinet.
Kalau dia BUKAN penyokong kuat Tan Sri, kenapa pulak Si Nurul Izzah tu nak meroyan tak tentu arah? Sebab Si Nurul Izzah tu anggap tindakan tersebut telah melanggar Hak Kebebasan Bersuara.
Mungkin Si Nurul Izzah tu lupa apa yang telah dilakukan oleh Parti Keluarga Rosak yang diwakilinya sendiri. Bukan ke sebelum ini parti itu juga mengamalkan perkara yang sama sewaktu pemilihan yang lalu?
Pantang ada yang bersuara lantang mempertikaikan tindakan pucuk pimpinan, menuntut agar pemilihan yang diadakan dibuat secara BERSIH dan ADIL, terus mereka dipecat atau digantung keahlian.
Dan yang herannya, kenapa pulak pada ketika itu, Si Nurul Izzah tu hanya sekadar mendiamkan diri dan tidak mengkritik lansung tindakan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan partinya?
Kenapa bila orang lain ambik tindakan sedemikian, Si Nurul Izzah tu pulak yang nak rasa sakit hati tak tentu pasal? Tidakkah tindakan itu membuktikan bahawa Si Nurul Izzah tu hanya sekadar bermain wayang je?
Kesimpulannya mudah. Si Nurul Izzah tu hanya setakat pandai main Wayang je bila dia sebut pasal bab Kebebasan Bersuara. Itu pun atas dasar kepentingan Politik Peribadi dia je. Bila kena batang hidung dia sendiri, pandai pulak dia nak mendiamkan diri!!!
Ijah ni sebenarnya tak faham politik dan berpolitik. Dia ada di situ atas sifat kronisma dan nepotisma. Jangan nak boraklah.
BalasPadamInilah dinamakan menangguk di air keroh.
BalasPadam