Sabtu, Ogos 15, 2015

Pendedahan menarik berlaku apabila rahsia YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibongkarkan melalui laman media sosial dan aplikasi whatsapp selewat malam semalam.

Pendedahan tersebut telah dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab, menulis hanya sekadar untuk mendapatkan perhatian seperti mana yang dijelaskan dibawah. Baca sampai habis. Jangan ada yang meroyan lepas ni sudah la!!!
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.


12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
Categories:

10 ulasan:

  1. Bagi mengimbangi tohmahan, setiap langkah kebaikan Najib hendaklah diwar2kan sebanyak2nya dan berterusan supaya dapat diketahui umum.

    BalasPadam
  2. Tiada cacat celanya pentadbiran PM sekarang, semua rakyat mendapat manafaat dari nelayan ke pekebun kecil, dari pekerja hingga pesara semua dapat habuan malah beribu-ribu ringgit setahun, bonus, BR1M, sara hidup,duit raya, duit anak sekolah, PPRT, bantuan baiki rumah, bantuan banjir dan kalau nak disenaraikan memang berjela.memang semua itu untuk rakyat. Hanya kerana tuduhan yang belum pun pasti, kita mengambarkan PM ni seperti sejahat-jahat manusia. seolah olah kita tak mendapat apa-apa lansung. Cuba kita rewind kembali kemasa silam pernahkah kita mendapat semua itu? Tak ada kan. Jadi kepada semua orang melayu janganlah menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kAMPUNG TERGADAI. Fikir- fikirkan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana orang Melayy tak bersyukur. Dengar cakap syaitan.

      Padam
  3. Allah maha berkuasa. Kalau ditakdirkan jatuh, dah lama jatuh. Sekarang Allah bongkarkan temberang pembangkang.

    Kagum Najib serta keluarganya sungguh sabar dan tenang serta redha terima fitnah, bohong, keji, aib, malu dan cemuhan.

    Rakyat Malaysia diuji dengan fitnah dan bohong tapi mereka tak sedar dan terus memfitnah dan bohong serta tidak bersyukur.

    BalasPadam
  4. Elokla buka jgn disorok..ltu derma tukar akta Rasuah dihalalkan..ugama pun halal pada rasuah.judi.arak ..itulah lslam Malaysia

    BalasPadam
  5. dah bapak melayu mudah lupa jadi penghasut.....ditambah pembangkang dengan fitnah....
    hancur melayu. pas dah lunyai. giliran umno pulak.

    BalasPadam
  6. Simpati sgt saya.dgn PM DSNTR ni, Apalah sebahagian sikap org Melayu tak hormat langsunglah, ingat senangke nak mentadbirkan negara,nak puaskan hati raayat keselurahanya,.bertimbang rasalah dan bersyukur.

    BalasPadam
  7. Lat ta li lat lai li tam plong.
    30hb lagi

    BalasPadam
  8. Najib akui itu adalah derma. Pembangkang mau pusing apa RM30 billion sah-sah duit rakyat masuk syarikat RM2 dikuasai oleh 3 orang kuat Azmin MB Selangor.

    Ini cerita Pembangkang sendiri. Kenapa, nak cakap pembangkang telus, amanah dan bersih. Cerminlah muka dahulu.

    BalasPadam
  9. kesian Dt. Tan Sri Najib

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping