Isnin, Ogos 24, 2015

Darul Ehsan Investment Group(DEIG) yang ditubuhkan oleh Si Menteri Besar Selangor, untuk menjaga aset bernilai RM30 bilion hanya mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM2.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat.
“Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2,” katanya bagi menjawab fakta yang diberikan oleh DEIG bagi menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu.
DEIG sebelum ini menjelaskan bahawa penubuhan syarikat itu kerana MBI tidak pernah menyumbang dividen kepada kerajaan negeri.

Walaubagimana pun Faekah berkata, MBI adalah syarikat pemegang/induk atau holdings company dan sememangnya mana‐mana syarikat pemegang adalah ‘cost centre’ bukan ‘profit centre’.

Katanya, untuk mengurangkan kos operasi 12 anak syarikat MBI yang diuruskan DEIG, proses rasionalisasi dan konsolidasi sepatutnya dilakukan bukan menubuhkan syarikat baharu yang bertindak seperti ‘orang tengah’.
“Oleh kerana MBI merupakan badan berkanun (statutory body), ia dikecualikan daripada membayar cukai kepada LHDN.
“Bagaimanakah kerajaan negeri akan mendapat pulangan lebih baik daripada DEIG sekiranya ia wajib membayar cukai bagi transaksi perniagaan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM?, tegasnya.
Faekah berkata, MBI telah menjalankan tugas kepada rakyat Selangor dengan baik di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa perlunya ‘orang tengah’ untuk mentadbir dan menguruskan pelaburan dan aset negeri.

Katanya, sehingga Disember 2013, MBI telah membelanjakan sejumlah RM1.04 bilion untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuk RM774 juta untuk Skim Air Percuma.
“Ditambah pula projek‐projek rakyat di bawah insiatif Geran Selangorku apabila lebih RM32 juta dibelanjakan dengan memberi tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan infrastruktur,” katanya.
Dia juga mempertikaikan bagaimana aset bernilai RM30 bilion hanya sekadar dipantau daripada laporan tahunan dan tiada laporan operasi kerana akaun DEIG disatukan dengan laporan tahunan MBI.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping