Khamis, September 10, 2015

Ini yang orang kata, "Beruk Dihutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan". Rasanya itu je perumpamaan yang paling sesuai boleh kita berikan kepada Si Ahli Parlimen Temerloh ni.

Hakikatnya, kelemahan dia sendiri sebagai seorang wakil rakyat yang menyebabkan ada dikalangan pemimpin keluar parti dan menyertai parti lain, termasuk dikalangan ADUN PAS sendiri.

Perkara sedemikian memang sudah lama dalam dugaan kita berdasarkan kepada beberapa tindakan yang telah diumumkan oleh wakil rakyat PAS yang lain diseluruh Negara sebelum ini.


Dari apa yang dilaporkan, tindakan ADUN berkenaan adalah kerana keputusan PAS Pusat yang dilihat menyingkirkan golongan Profesional secara terpilih dilakukan secara besar - besaran.

Malah, ADUN tersebut juga turut menjelaskan bahawa tindakan sedemikian tidak pernah berlaku sewaktu zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa dan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Bahkan menurut ADUN tersebut, halatuju PAS hari ini dilihat semakin bercelaru yang menyebabkan banyak kenyataan dibuat seolah - olah tidak lagi mengutarakan kepentingan diperingkat Nasional.
"Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan Politik yang menyeluruh, PAS dilihat semakin memencilkan diri hingga menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat tidak diuruskan dengan baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Walaubagaimana pun, dari sumber yang dipercayai, tindakan ADUN tersebut juga ada kaitan dengan beberapa isu dalaman yang turut melibatkan Si Ahli Parlimen PAS Temerloh sendiri.

Katanya selama hari ini, Si Ahli Parlimen PAS Temerloh tu sendiri tidak sehaluan dengan ADUN berkenaan berhubung isu yang berkaitan dengan rakyat sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan tersebut.

Sekali gus, ianya membuktikan ke-GAGAL-an Ahli Parlimen tersebut untuk mentarbiyah dan menjaga ahli - ahli serta pemimpin diperingkat akar umbi untuk terus beristiqomah dalam perjuangan.

Kalau dia rajin balik ke kawasan, dah tentu - tentu perkara tu takkan berlaku. Tapi, disebabkan Ahli Parlimen Temerloh tu dikatakan lebih suka 'Pilih Bulu', tu pasal la ADUN tersebut mufarakah dari saf kepimpinan. Jadi, jangan la dia nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dalam PRU 13, ramai pengundi Melayu atas pagar memilih utk mengundi Umno ,kerana bimbang pengaruh DAP yg mendominasi PR.Pas ketika itu di lihat tunduk kepada DAP,PKR lagi lah teruknya.Sekarang keadaan sudah berubah,Pas tidak lagi.bersama DAP, dan PRU 14 nanti di jangkakan bakal melihat pengaruh Pas kian meningkat,di tambah pula dengan keadaan Umno yg sangat kucar kacir,isu 1MDB yg belum dapat di selesaikan dgn baik, dan paling teruk isu RM 2.6 billion.isu GST dan kejatuhan harag komoditi,tidak ketinggalan isu FGV.Kedudukan Umno di Felda bakal tergugat jika Pas mampu mempergunakan isu ini utk pertimabangan penduduk Felda.PRK Rompin merupakan petanda jelas kearah ini.

    Dalam masa 2 tahun yg akan datang Pas perlu memperbaiki keterampilan parti itu.Dari sudut ugama dan moral ,Pas memang sudah mengatasi Umno,apa yg perlu di perbaiki ialah dari sudut pengurusan ekonomi.Pas perlu menunjukan kemapuan mereka.Orang Melayu memang sudah sangat tidak sabar utk melihat sebuah parti Melayu yg berintergriti.Umno sudah tidak berlepuang lagi utk memperbaiki diri nya,keran penyakitnya sudah amat kronik.Bayangkanlah mantan presidennya boleh sama turun berdemonstasi bersama DAP ,tikam menikam belakang memang dah jadi amalan dalam parti,Presidennya pula boleh menerima derma sehingga RM 2.6 billion secara senyap-senyap,bakal pemimpin masa depannya pula dari gulungan liberal yg tak pernah berusara mengenai kepentingan Melayu dan Islam,jadi pa lagi yg mahu di harap dgn parti yg seperti itu.Hanya Pas lah yg jadi harapannya sekarang selepas tersingkirnya gulungan liberal kelompok Anwarinas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama 11:05 kenapa tak masukkan isu hudud dlm percaturan PAS?fakta auta terlalu bnyk.rakyat mahukan parti keldai tunggangan DAP?3billion banjir kelantan tu dah cukup utk umno pegang telor PAS.belum lg kes sokongan hudud d parlimen nanti.PAS hanyalah mainan puak cina rasis utk berkuasa..melayu di pecahkan kepada umno,pas dan pan.masih buta dgn dengki sesama melayu?

      Padam
  2. Selagi PAS tidak mengistiharkan keluar dari Pakatan dan berkersama dengan UMNO jangan harap PAS akan dapat menjadi parti yang mewakili orang Melayu dan Islam umpama Quraish, Ansar dan Islam.

    PAS ingat negara ini cuma ada satu dua Kabilah. Jika nak buat analisa dan perbandingan Malaysia terdapat banyak suku bangsa dan agama baik di semenangjung mahu pun di Sabah dan Sarawak.

    Inilah silapnya orang PAS hanya ingat untuk tadbir umat Islam, Nasrani & Yahudi. Di Malaysia ada Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, Taos, Pagan, Confucius, Sikh, Kristian sahaja pun ada beberapa mazhab.

    PAS dalam memperjuangkan hudud pun masih berselisih pendapat sesama ahli. Untuk menutup kelemahan UMNO yang dipersalahkan.

    Yang pentingnya PAS harus muhasabah jangan terlalu menyalahkan UMNO jika hendak dekati umat Islam di negara ini. Kerana PAS sendiri pun bukan Islamik.

    BalasPadam
  3. Hala tuju pas tetap sama. Cuma yang masuk GHB tu saja yang berubah. Dulu pejuang islam dan hudud. Sekarang penentang hudud.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping