Selasa, September 15, 2015

Heh! Nak sangat tunjuk bagus, akhirnya anak kepada Allahyarham Nik Aziz ni hanya dianggap seorang yang Pengecut kerana tindakan wakil rakyat PAS yang membelot parti tersebut.

Dan yang lebih menggemparkan ialah apabila dakwaan tersebut telah diluahkan oleh salah seorang pemimpin dari parti yang tengah terdesak nak mendapatkan sokongan dari PAS, iaitu PKR.

Mungkin Ketua Anak Muda Kecoh ni anggap tindakan itu sebagai satu tindakan yang bijak untuk terus menghina seorang pemimpin yang sama kedudukan dengan dia secara terbuka gamaknya.

Dalam satu kenyataan semalam, Si Ketua Anak Muda Kecoh tu mempersoalkan kenyataan Si Nik Abduh yang mempertikaikan tindakan PKR yang menerima keahlian wakil rakyat PAS yang membelot.

Kata Si Ketua Anak Muda Kecoh tu, tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan, sama ada oleh pemimpin PAS atau pun PKR dalam isu tersebut kerana perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini.
“Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah…kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut,” katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor.
Jelas jika dilihat dari satu sudut, tindakan Si Ketua Anak Muda Kecoh tu hanya sekadar memperlekehkan kenyataan Si Nik Abduh dan menganggap Ketua Pemuda PAS tu sebagai seorang 'Penakut'.

Si Ketua Anak Muda Kecoh tu sengaja mahu memberikan tanggapan buruk terhadap Nik Abduh yang didakwa tidak mempunyai sebarang keyakinan terhadap kewujudan partinya sendiri.

Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Anak Muda Kecoh tu memberikan gambaran bahawa Si Nik Abduh tu hanya sekadar memalukan partinya sendiri dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Namun hakikatnya, Si Ketua Anak Muda Kecoh tu setakat nak menghalalkan tindakan yang dilakukan oleh partinya. Tapi, apa nak heran ye tak. Parti Si Ketua Anak Muda tu sendiri pun bukannya ada maruah. Jangan kata Pengkhianat, waima Pelacur nak jadi ahli pun, diorang terima jugak!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Quote "waima pelacur pun mereka terima"
    Adakah parti pas menapis kemasukan ahli dengan menyiasat latarbelakang pemohon? Adakah jika mereka seorang pelacur, lalu dianggap hina dan lantas tidak diterima?
    adakah kerana ahli PAS hanya di kalangan mereka yang suci, bersih dan tidak berdosa?
    adakah telah sirna tarbiah dan hanya tertumpu kepada mereka yang bukan bergelumang dengan dosa?

    Wah, maka benarlah bahawa pas hanya untuk si sombong dan takbur sahaja

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping