Selasa, September 15, 2015

Kalau difikir dengan kepala otak yang logik pun dah cukup. Kalau betul Si Minah Salleh yang terasa diri dia bagus dari orang lain tu berada dipihak yang benar, kenapa dia perlu takut tak tentu arah?

Kenapa sampai tahap orang pulak kena ambik tindakan mengekstradisi dia beberapa kali bagi membuktikan Kebenaran yang hakiki dimahkamah? Kenapa dia masih lagi melarikan diri?

Kalau dia rasa dia berada dipihak yang benar, maka sepatutnya dia tak perlu takut dan perlu Berani mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukannya bersembunyi macam Pengecut diluar Negara.

Kot kalau Si Minah Salleh tu rasa dia mempunyai bukti yang kukuh terhadap segala tuduhan yang dilakukan selama hari ini, kenapa pulak sekarang dia nak menggelupor tak tentu arah?

Rakyat pun nak tau jugak perkara yang sebenar dan sejauh mana kebenaran terhadap tuduhan yang telah dilemparkan terhadap pihak Kerajaan tu. Kalau setakat baling batu sembunyi tangan baik tak payah.

Sekarang ni, yang menjadi persoalannya adalah mengenai kesahihan laporan yang disiarkan oleh Si Minah Salleh tu dilaman portal Sarawak Report milik dia. Bagaimana caranya dia nak buktikan dakwaan tu betil atau tidak?

Caranya mudah. Bawak semua bukti tu ke mahkamah dan bentangkan semua hujah serta fakta dia secara terbuka. Bukannya bersembunyi disebalik skrin komputer dan buat tuduhan dengan mengetuk kekunci laptop je. Kalau macam tu, suruh budak tadika pun boleh!!!
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang melengkapkan permohonan itu bagi membolehkan polis menyiasat laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.

"Apabila telah lengkap dengan keterangan terhadapnya kita akan merayu semula kepada Interpol untuk letak dia dalam senarai 'Red Alert'," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini pada Isnin.

Pada 4 Ogos lalu, polis telah memperoleh waran tangkap dari Mahkamah Kuala Lumpur terhadap wanita Britain itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping