Hahaha!!! Memang kelakar betul bila tengok orang yang 'desperate' ni bagi alasan untuk menghalalkan tindakan Khianat dia terhadap parti. Macam - macam betul alasan yang keluar.
Kalau sebelum ini, Si Khalid Samad tu mempergunakan ayat Al-Qur'an bagi melepaskan diri dia dari dipersoalkan mengenai isu sumpah Bai'ah yang dilakukan ketika Pilihan Raya Umum yang lalu.
Kali ini, Si Khalid Samad tu dilihat seolah - olah marah pulak bila orang terus mempertikaikan Majlis Kafarah yang dilakukan semalam bagi menebus sumpah Bai'ah yang dibuat.
Kata Si Khalid Samad dalam satu kenyataan semalam, sumpah Bai'ah dan Majlis Kafarah tu yang dibuat tu adalah urusan diantara dia dengan Allah S.W.T. Orang lain tak layak nak masuk campur.
"Sumpah ini antara kami dengan Allah, yang lain jangan campurlah. Biar kami serah kepada Allah. Kami buat ini (kafarah) pun mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika ditemui pada majlis kafarah dan sumbangan di sini, Jumaat malam.
Heh! Baru sekarang dia ingat pada Allah ye. Selama hari ini, dia bagi alasan untuk menghalalkan tindakan dia mengkhianati kepercayaan parti, dia tak ingat ke? Dia lupa ke dosa yang dia dah buat?
Persoalannya, adakah dengan melakukan Majlis Kafarah itu sahaja sudah cukup untuk dia melepaskan diri dia dari terus dipersoalkan? Hakikatnya, yang menjadi persoalan bukan sumpah Bai'ah tu sahaja.
Sebaliknya, yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat ialah tindakan dia mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh parti sebelum dia menjadi wakil rakyat. Itu yang dipersoalkan.
Apakah tindakan dia sebagai seorang pemimpin melakukan perbuatan KHIANAT seperti itu boleh juga dilakukan oleh mereka yang ada diperingkat bawahan waima terhadap agama sekali pun dimasa akan datang?
Apa yang jelas, tindakan Khianat yang dilakukan membuktikan bahawa orang macam Si Khalid Samad ni adalah dari kalangan mereka yang mengamalkan Politik RETORIK semata - mata.
Bayangkan. Jika ketaatan dan kesetiaan terhadap parti dengan sumpah Bai'ah pun dia boleh engkari, apatah lagi kesetiaan serta kejujuran dia kepada Negara. Bila - bila masa je orang macam dia boleh jadi Pengkhianat juga!!! Itu membuktikan orang macam dia Tak Layak jadi pemimpin!!!
Kat shah alam tu ramai sokong dia jdi sumpah tu antara dia dlm parti tpi dgn rakyat shah alam mmg pilih dia. Khalid samad ni bfikiran terbuka shinggakan irg pggil khalid..... Gereja. Soalnye dia sumpah bai ah dia dlm pas tu. Tak bbaloi msuk politik bsumpah2 . pas tu sumpah mkn diri. Patut nye mintak pdapat yg arif ttg ugama takut nnti di masa dpan kat dunia ok tpi akhirat tu tkut tk ok. Jgn ikut non muslim diairg tkde hal.
BalasPadamGeng kita langgar sumpah ah ah itu kita punya hal ah ah.. aji buat aji punya hal ah ah kita buat kita punya hal ah ah. Alah bukan aji bagi kita makan pon ah ah. Kita ada dap suppot kita takda hal punya, bai bai.
BalasPadam