Khamis, September 17, 2015

Presiden PAS, Hadi Awang tu didakwa telah memberikan gambaran dan jawapan yang cukup jelas apabila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang - orang yang khianat".

Demikian merupakan diantara kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat yang turut disiarkan melalui laman portal rasmi Haprakdaily tu hari ini.

Antara lain, kenyataan itu juga turut membangkitkan mengenai sumpah Bai'ah yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin yang telah diamanahkan oleh PAS sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.
"Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin-pemimpin yang khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihan raya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekalian makhluk yang melaknat". 
Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain. 
Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat."
Kenyataan itu juga turut menjelaskan bahawa tiada hujah yang nyata tentang mana - mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran Bai'ah seperti yang didakwa oleh mereka yang mengkhianati parti itu. 

Bahkan, PAS juga juga dikatakan turut mendakwa bahawa tindakan pemimpin yang menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu adalah disebabkan rasa kecewa mereka terhadap parti.
"Ini adalah alasan semata-mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi. 
Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80 peratus, mereka cuma 20 peratus. Mereka tidak menghormati keputusan demokratik di dalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat."
Malah kenyataan itu juga turut mendakwa mereka yang menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu hanya sekadar mengambil mudah dan memperlekehkan soal hukum - hukum agama. 

Selain itu, kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat itu juga turut menggesa agar semua pihak termasuk dari kalangan rakyat agar tidak percaya kepada golongan Pengkhianat.
"Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?" soal kenyataan tersebut.
Kesimpulannya, tak salah la kalau kita labelkan puak - puak yang menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu sebagai Pengkhianat Amanah Negara ye tak. Sedangkan perjanjian yang diorang buat sendiri pun boleh dikhianati, inikan pulak terhadap Negara. Lagi mudah la jawabnya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. islam tu mudah tapi bukanlah mcm makan kacang putih oleh pan yg xda gigi tu.tahalluf cyac jadi pelajaran semua e islam amalkan.umno melalui bn adalah kurikullum depan mata dimana keadilan asas terbaik buat semua.
    pas kena berulang2 pun masih bercitarasa didepan 'lubang biawak' biarlah mengejar putrajaya tidak didahulukan.biar pan yg dilaknat tu terjun mgan labu2nya kerna xleh diajar kot.
    ini tak bermakna politik pas takda ump.klu dilihat dari dulu pas ibarat saudara aq he he.banyak ilmu leh aq ciluk.belajar sampai liang lahad daa.tq

    BalasPadam
  2. Bermulanya kelemahan bangsa Melayu, kerana perpecahan, banyak sgt menubuhkan party alamat yg tidak baik dimasa hadapan.FIKIR FKIRKANLAH wahai! Bangsa ku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping