Jumaat, September 04, 2015

Hahaha!!! Geli pulak ketiak ni bila terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Samad tu bila cuba nak tegakkan benang yang basah untuk menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan.

Semudah macam orang makan kacang, Si Khalid Samad tu menjelaskan bahawa sumpah Bai'ah yang dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum sebelum ini boleh ditebus melalui Majlis Kifarah.

Dengan merujuk kepada Surah Al-Ma'idah (Ayat 89), Si Khalid Samad tu kata sumpah Bai'ah itu boleh dibatalkan dengan melakukan perkara seperti yang dinyatakan dalam surah tersebut.

Yang herannya, jika benar sumpah Bai'ah tu boleh ditebus sedemikian rupa, kenapa pulak mereka yang menjadi anggota Geng Haprak Baru tu tak buat sejak dari awal - awal lagi?

Kenapa baru sekarang Si Khalid Samad tu nak memberikan alasan kononnya sumpah Bai'ah tu boleh terbatal dengan melakukan Majlis Khifarah sedangkan diorang boleh buat sejak dari mula?

Bukan ke sebelum ini ramai pihak telah tampil mempertikaikan tindakan Geng Haprak Baru tu yang mahu menjadi Pengkhianat agar melepaskan jawatan mereka dan keluar dari parti?

TAPI, alasan yang diberikan, mereka tidak boleh sewenang - wenangnya mengambil tindakan sedemikian kerana terikat kepada akuan sumpah Bai'ah yang telah dilakukan sebelum ini.

Bahkan, Si Khalid Samad tu juga pernah kata, sumpah Bai'ah ni bukan satu masalah besar kepada mereka yang menjadi Pengkhianat kepada amanah yang telah diberikan parti sebelum ini. (Sinar Harian)

Nah! Jika sumpah Bai'ah tu tidak menjadi masalah besar kepada mereka, buat apa pulak Si Khalid Samad tu beria - ia nak buat Majlis Khifarah bagi menebus dosa melanggar Bai'ah yang telah dilakukan?

Disitu sahaja nampak sangat yang Si Khalid Samad tu hanya sekadar cuba nak menegakkan benang yang basah dan dilihat seolah - olah nak menghalalkan Pengkhianatan yang telah dilakukan.

Memandangkan Si Khalid Samad tu pandai baca Al-Qur'an, maka dia juga perlu baca Surah Al-Anfal (Ayat 27) dan Surah An-Nisa' (Ayat 107) berkaitan dengan perbuatan Khianat. Jangan setakat baca ayat yang menguntungkan kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri je!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Samada bercakap dengan niat atau tidak, jika saja sudah mengutarakan sumpah tersebut maka jatuhlah talak. Walaupun sumpah yg bersifat maksiat, ia tetap jatuh kerna telah ada lafas taklik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berita sulit, satu rombongan meminang aji akan dibuat dalam masa terdekat.atas nasihat pihak pihak tertentu papa menyedari kenapa terjadi ke atas ahli keluarganya.

      Padam
  2. Senangnye, langgar sumpah, bayar kaffarah.
    Mcmmn pulak dgn langgar bai'ah, boleh tebus ke ?
    Taklik talak 3, boleh tarik balik ke ?

    Alim besor tu, semua boleh tebus dgn bayar kaffarah.

    BalasPadam
  3. Manusia boleh cakap itu ini, twist hukum hakam kiri kanan,
    tapi disisi Tuhan kita tak tau.
    Sebab itu kita kena sentiasa jangan sewenang-wenangnya bermain dgn hukum hakam.

    Cthnya mcm kes ini :
    Kita boleh cakap bayar kifarrah lah bagai ...
    Tapi kalau disisi Tuhan dgn bai'ah tu terjatuh hukum, apa maknanya?
    Alamatnya bersekedudukan/berzina lah sampai keakhir hayat ...
    Keeee, menggerunkan!

    BalasPadam
  4. Islam si khalid telah mempersendakan agama sendiri...Asal berpihak kepada kepentingan dia agama kemana hukum hakam dan dosa pahala di putarbelitkan...orang tua tua kata iikut hukum syara' jangan ikut hukum akal kelak punah dan binasalah kita. Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

    BalasPadam
  5. Jumpalah Lim, buat pengakuan dan minta ampun....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping