Isnin, September 21, 2015

Mungkin kerana menyedari bahawa PKR tidak mampu untuk hidup tanpa sokongan dari PAS, maka sebab itulah Si Wan Azizah ni masih lagi mengharap kepada parti itu untuk rujuk semula dengan DAPigs.

Presiden Parti Keluarga Rosak itu katanya masih lagi berharap agar PAS itu akan menyertai gabungan pakatan baharu diantara PKR, DAP dan PAN walaupun parti itu sudah menolaknya.

Alasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, PAS wajar sertai pakatan baharu kerana sebagai sebuah parti pembangkang mereka perlu bersatu demi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, PAS tidak akan mampu untuk menawan Putrajaya sekiranya parti itu terus bersendirian tanpa mendapat bantuan dari parti - parti pembangkang yang lain.

Oleh itu, beliau selaku Ketua Pembangkang berharap agar PAS sudi untuk hadir ke dalam rundingan meja bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal diadakan.

Tambahnya, jika PAS tidak hadir pada mesyuarat meja bulat bagi membincangkan pembentukan pakatan baharu, ia merupakan keputusan muktamad PAS untuk tidak bersama.

Bagaimanapun, Wan Azizah masih berharap PAS dapat mempertimbangkan keputusan untuk sama-sama menyertai pakatan baharu bagi menawan Putrajaya pada PRU akan datang.
"Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah kemukakan jemputan. Saya masih buka jemputan meja bulat itu bagi mencari jalan untuk masa depan negara.
"Kalau dia tak dapat datang itu adalah pilihan dia. Pintu masih terbuka, invitatioan masih open," kata Wan Azizah ketika ditemui pemberita di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, Wan Azizah turut memaklumkan, mesyuarat meja bulat bagi membincangkan pembentukan gabungan parti pembangkang baharu akan diadakan pada 22 September ini di Empire Hotel, Subang pada jam 10 pagi.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau setakat dijadikan balaci DAP dan PKR, lebih baik PAS jauhkan dari Pakatan ini. Pakatan itu menjauhkan PAS dari menuju kejalan Allah kerana pakatan lebih menjurus kepada kafir harbi DAP dan LGBT serta pluralisma agama, yg bertentangan dengan Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping