Isnin, September 21, 2015

PAS mendakwa parti itu telah membuat keputusan tepat untuk tidak menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bagi mengelakkan PAS menjadi sebuah parti yang tidak baik dalam kancah politik tanah air.

Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, keputusan itu juga bertujuan mengelakkan PAS terjerumus dalam satu situasi yang keliru dan terumbang ambing dengan percaturan politik semasa.
“PAS mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri. PAS tidak perlu mengikut lagak orang lain untuk berjaya dan menang,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nasrudin dalam pada itu menyifatkan Pakatan Rakyat 2.0 yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebuah gabungan yang keliru dan berada dalam dilema.

Menurutnya, pakatan baharu pembangkang tersebut tidak jelas hala tuju dan tidak diketahui perlembagaan partinya kecuali hanya sekadar mahu meneruskan dasar berhaluan kiri.
“Usahkan perlembagaan, nama parti yang baharu pun belum disahkan secara muktamad oleh pendaftar pertubuhan,” tegasnya.
Selain itu, Ahli Parlimen Temerloh itu juga turut menegaskan, PAS dipelawa untuk menyertai Pakatan tersebut oleh PKR sedangkan DAP dan PAN masih terus cuba menjatuhkan PAS.

Tegasnya, PAS sama sekali tidak boleh bertolak ansur dan mengiktiraf sikap serta tindakan yang dilakukan bekas pimpinan dan ahli PAS yang menikam parti dari belakang yang kini menyertai PAN.

PAS melalui Presidennya, Hadi Awang baru - baru ini juga turut menegaskan bahawa parti itu tidak akan sama sekali menyertai Pakatan 2.0 dan menjalinkan kerjasama dengan Pengkhianat.

Namun PKR pula dilihat terpaksa membuat pusingan U dengan mempelawa PAS menyertai Pakatan Rakyat 2.0 selepas mendapati tidak ramai kaum Melayu menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 pada bulan lalu.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ya allah lembutkan hati ustaz ni untuk sertai pakatan 2. Ustaz tolonglah ustaz ustaz baik dan lembut allah sayang ustaz.

    BalasPadam
  2. Anon 8.04 ni tentu RBA atau pencacai DAP

    BalasPadam
  3. Ini ustaz taik kelentong ada la. ..cakap pusing2

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping