Ahad, Oktober 04, 2015

Itu je kesimpulan mudah yang boleh kita buat apabila puak - puak PAS ni mengecam pembentukan Pakatan Haprak Baru tu tanpa penglibatan mereka. Semuanya kerana mereka telah disisihkan.

Bahkan sebelum ini pun, puak - puak PAS tu jugak yang mendakwa bahawa mereka sengaja tidak dimaklumkan secara terperinci oleh puak - puak PKR berhubung pembentukan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, PAS mempertikaikan keikhlasan puak - puak PKR mengenai rundingan 'Meja Bulat' yang dianjurkan bagi tujuan mewujudkan Pakatan baru.

Hari ini, baru la PAS sibuk nak kecam tindakan tergesa - gesa yang telah dilakukan oleh Presiden yang membuat pengumuman mengenai pembentukan Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Selain mempersoalkan tindakan tergesa - gesa yang dilakukan oleh PKR, PAS juga turut mendakwa pembentukan Pakatan Haprak Baru tu hanya menonjolkan sikap pentingkan diri sendiri.
“Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS.
“Tak mungkin PAS juga boleh terima PAN yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan PASTI dan markas PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
PAS dalam pada itu mendakwa, mereka sebelum ini juga terpaksa menyerahkan sebahagian besar kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti itu kepada PKR sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, katanya, jika PAS bergabung pula dengan Pakatan Haprak Baru tu, bermakna parti itu sekali lagi terpaksa menyerahkan kerusi mereka kepada parti PAN dan ia tidak mungkin akan berlaku.

Pokok pangkalnya, PAS membuat dakwaan bahawa mereka hanya akan berdepan dengan kerugian sekiranya terpaksa bergabung dengan puak - puak Pakatan Haprak Baru tu. Mana mungkin diorang akan memberikan kerusi mereka kepada puak - puak Pengkhianat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping