Ahad, Oktober 18, 2015

Hehehe!!! Apa boleh buat. Kalau dah dalam parti Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu pun dipenuhi dengan Badut, memang patut la diorang jadi bahan lawak.

Dalam Himpunan Fastaqim H60K semalam, rata - rata pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu hanya menyindir kepimpinan parti yang diterajui oleh Si Mat Sabu dengan pelbagai cara.

Ada yang membuat sindiran secara berkiasan. Ada jugak yang kutuk secara terang - terangan dengan menyatakan mereka boleh pakai 'Baju Merah' asalkan bukan 'Baju Oren'.
KOTA BHARU - Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.

Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang ini.

Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’.


Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.
Tak kurang juga dengan kiasan yang diberikan oleh Presiden PAS, Hadi Awang yang menyifatkan parti itu tidak akan memberikan sebarang ruang kepada mereka yang suka 'Main - Main'.

Kata Si Hadi Awang, parti itu tetap akan berdiri kukuh dan teguh walaupun ada dikalangan mereka yang bertindak membelakangi perjuangan parti serta mengkhianati amanah yang diberikan.
“Parti Islam di Indonesia hanya tidak sampai setahun sudah digulingkan Presidennya, Sukarno. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin digulingkan di mana pemerintahannya hanya bertahan setahun lebih. Tetapi parti Pas masih teguh 25 tahun memimpin Kelantan,” katanya yang mendapat laungan takbir daripada hadirin.
Bahkan, Hadi Awang juga sempat menyindir, Kita tidak anggap perjuangan ini susah. Biarkan sesiapa yang tidak tahan, biarkan dia terjun dengan labu-labunya,” katanya.

Jadi, puak - puak Pengkhianat PAS tu sebelum ini sepatutnya cermin diri diorang dulu sebelum nak mendabik dada mengatakan yang diorang ni lebih hebat dari orang lain. Kalau setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri tu, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping