Ahad, Oktober 18, 2015

Satu risalah bertajuk “Parti Talam Banyak Muka” tersebar di perhimpunan Fastaqim anjuran PAS yang sedang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.

Risalah itu turut mempamerkan foto Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang bendera Parti Amanah Negara dan sedang berbisik sesuatu kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Setiausaha Fastaqim, Nasrudin Hassan dilaporkan Ismaweb berkata pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam seolah-olah kehabisan idea apabila mengedarkan risalah berbaur fitnah terhadap parti itu.
“PAS anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti, mereka pula yang tidak senang duduk.
“Kita percaya mereka akhirnya ambil langkah mudah dan dangkal ialah dengan lakukan fitnah dan cetuskan provokasi.
“Kelihatan banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan kain rentang provokasi yang kononnya dipasang oleh Geng Ustaz," katanya.
Dalam erti kata lainnya, usaha mereka yang menyebarkan risalah tersebut mempunyai niat buruk untuk mencemar imej PAS dan melaga - lagakan parti itu dengan PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah.

Namun persoalannya sekarang, siapa dalang disebalik penyebaran risalah tersebut? Takkan pulak dikalangan puak - puak Pengkhianat yang turut hadir dalam perhimpunan tu yang sebarkannya?

Adakah puak - puak Pengkhianat tu terlalu terdesak sehingga sanggup menyebarkan risalah sedemikian hanya demi untuk memburukkan hubungan PAS dengan PKR? Dengki sangat ke diorang pada PAS?

Apa yang jelas, tindakan yang telah dilakukan oleh puak - puak PKR sejak kebelakangan ini memang seperti mana yang digambarkan dalam risalah tersebut. Habis keliling diorang sapu. 

Dengan DAPigs yang melabelkan PAS sebagai parti yang memungkiri janji pun diorang nak berkawan. Dengan Pengkhianat PAS pun diorang nak jalinkan kerjasama. Sekarang dengan PAS pulak?

Semuanya atas dasar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi puak - puak PKR tu sendiri. Diorang buat semua tu supaya parti tu terus kekal relevan dalam arus Politik di Malaysia pada ketika ini.

Mungkin puak - puak PKR ni masih menggunakan slogan Si Ketua Penipu tu, "Kiri Kanan Sama Rata, Depan Belakang Sama Rasa". Jadi, tak heran la kalau puak - puak PKR tu 'Balun' apa yang ada depan mata diorang!!! Janji, diorang jugak yang untung!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Nenek kipas ni sebenarnya ah sohi cina singapura. Ke hulu ke hilir bawak kipas tu adalah signal kepada pengundi2 cina bahawa darah daging beliau adalah darah daging cinapek. Nama je Melayu...pakai tudung, mana2 kapir pun boleh buat. Bukannya susah pun.Jiwa tetap jiwa cina dan darah yang mengalir pekat darah cina. Kesetiaan kepada kaum? CiNA!!! Sama macam anak tiri cina Khir Johari tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping