Rabu, November 25, 2015

Rasanya, itu tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah jika mereka benar - benar mahu Si Nurul Izzah tu diharamkan menjejak kaki ke Negeri tersebut.

Ianya berikutan perbuatan Nurul Izzah sebelum ini yang dilihat amat tidak wajar kerana rakyat di Sabah khususnya, masih trauma dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, pada tahun 2013.

Dalam sidang DUN Sabah semalam, salah seorang ADUN yang mewakili kawasan sekitar Lahad Datu itu turut mencadangkan agar tindakan mengharamkan Si Nurul Izzah itu diambil.
“Apa masalahnya apabila Nurul Izzah menemui Jacel H.Kiram? Jacel minta bukan apa (tetapi) menuntut Sabah untuk masuk sebagai (Kesultanan) Sulu punya,” kata Datuk Mohd Suhaili  Said ketika membahaskan Belanjawan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata soal Kesultanan Sulu atau Filipina menuntut Sabah itu hal mereka, namun beliau menegaskan rakyat Sabah telahpun membuat keputusan dan memilih untuk bersama Malaysia.

Selain itu, Suhaili juga turut menceritakan penderitaan dan kesukaran hidup yang dialami penduduk Lahad Datu, khususnya dalam DUN Tungku ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu itu. 
"Keadaan penduduk ketika itu amat sukar kerana terpaksa lari sehelai sepinggang meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri selepas pertempuran tercetus.
"Ada penduduk yang melarikan diri ke kawasan Felda dan tinggal di dewan dan sebelum bantuan tiba, beliau sendiri terpaksa berhutang kira-kira RM7,000 untuk membeli barangan keperluan seperti makanan dan minuman untuk membantu mangsa konflik yang ditimbulkan kumpulan pengganas Sulu," katanya.
Tambah menyayatkan hati ialah apabila ADUN Tunku itu juga menjelaskan, empat orang bayi yang baru dilahirkan turut meninggal dunia ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh puak - puak Sulu itu..

Justeru, Suhaili mengajak semua rakyat tidak mengira latar belakang fahaman politik, kaum dan agama agar terus bersatu mempertahankan kedaulatan Negara agar keamanan terus kekal dan terpelihara.

Katanya aktiviti dan tuntutan kumpulan seperti 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' yang menghasut untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia juga tidak harus dilayan oleh pihak Kerajaan.

Maka kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu jelas bukan hanya sekadar 'Berjumpa' atau 'Bergambar'. Tetapi turut memaparkan sifat tak acuh Pakatan Haprak tu terhadap sentimen dikalangan rakyat!!! Jadi, memang patut dia diharamkan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping