Selasa, November 24, 2015

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini telah membuat keputusan untuk menggantung keahlian Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman kerana pelanggaran disiplin parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, setakat ini hanya Datuk Hamidah sahaja yang diambil tindakan biarpun terdapat hal berkaitan diutarakan dalam mesyuarat berkenaan.

Ekoran keputusan itu, maka jawatan selaku Ketua Wanita Bahagian Gopeng yang disandang oleh Datuk Hamidah atau lebih mesra dipanggil Kak Midah gugur secara automatik.

Selain itu, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu juga membuat ketetapan, perasmian Mesyuarat Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan oleh ketua sayap masing - masing.
"Majlis Tertinggi turut memutuskan mesyuarat sayap untuk Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak dijalankan serentak, sebaliknya akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.
"Ini adalah atas permintaan ketua sayap dan ahli Majlis Tertinggi menghormati keputusan mereka," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Najib juga turut memaklumkan kepada pihak media tujuan mesyuarat tersebut diadakan di perkarangan Parlimen kerana kebanyakkan Ahli MT berada di Parlimen.
"Mesyuarat hari ini dibuat di bangunan Parlimen kerana takut jika ada pengundian berlaku di sidang parlimen dan kita mahu pastikan kehadiran orang kita hari ini," katanya.
Tapi apa yang pasti, keputusan mesyuarat tersebut sudah pastinya mengecewakan pihak yang selama ini mahu melihat UMNO menjadi punah ranah dan sekaligus meranapkan harapan mereka.

Hakikatnya, hasrat mereka yang nak melihat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dipecat dari parti tidak kesampaian. Jadi, jangan pulak ada yang meroyan sampai hilang akal lepas ni sudah la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping