Sabtu, November 14, 2015

Percaya atau tidak, tapi kemungkinan itu berlaku tetap ada. Paling tidak, Si Menteri Besar Selangor tu akan memberikan alasan Longkang seperti itu untuk menutup kemaluan diri dia sendiri.

Jika selama hari ini, semua desakan dan bantahan yang dibuat oleh rakyat terhadap projek yang telah diluluskan oleh Rejim Pakatan Selangor tu diletakkan diatas bahu Si Khalid Ibrahim tu.

Hanya itu je caranya Si Menteri Besar Selangor tu menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada dia walaupun kaedah itu jelas membuktikan yang dia Tidak Bertanggungjawab.

Maka kali ini, tak mustahil sekiranya Si Menteri Besar Selangor tu bagi alasan yang sama apabila rakyat di Selangor membantah projek pembinaan kondominium The Lourve di Kajang. 

Paling tidak, Si Menteri Besar Selangor tu akan salahkan Khalid Ibrahim dan mendakwa projek itu telah diluluskan sewaktu dia menjadi Menteri Besar. Macam la Si Menteri Besar Selangor tu takde kuasa untuk membatalkan projek tersebut!!!
KAJANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didesak supaya membatalkan segera kelulusan yang telah diberikan bagi pembinaan kondominium mewah, The Louvre, setinggi 36 tingkat di Kajang. 
Desakan itu dibuat oleh penduduk dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah kerana mendakwa berlaku penipuan ketika pemaju mendapatkan kelulusan pelan pembangunan projek terbabit daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). 
Yang Dipertua (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Jazlan Ahmad berkata, satu petisyen telah dibuat untuk meminta Azmin membantu penduduk dan pihak SMKA membatalkan kelulusan itu. 
“Setakat ini sudah 40,000 orang telah menandatangani petisyen oleh penduduk di sekitar Bandar Bangi Baru, badan-badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa dan pelajar SMKA. 
“Petisyen itu dibuat agar pihak berkuasa serta kerajaan negeri campur tangan dalam membatalkan projek itu. Kita akan hantar petisyen itu selewat-lewatnya minggu hadapan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersama penduduk Bandar Baru Bangi pada Jumaat. 

Sebelum itu, seramai 200 peserta hadir dan terlibat dalam demontrasi bantahan pembinaan kondominium The Louvre.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. semua negeri pembangkang salah kan org dulu atau kerajaan dulu..CUMA Najib je bodoh SEBAB tak pandai nk salahkan MAHATHIR, PAK LAH, ARWAH TENGKU dan ARWAH BAPAK dia..sian kt Najib..kahkahkahkah

    BalasPadam
  2. ....tapi kenapa projek air Langat 2 dia boleh batalkan walau pun di persetujui zaman Khalid...lepas di hentam baru nak setuju Langat 2...cheap skate punya MB..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping