Isnin, November 09, 2015

Empat individu gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen. 

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Abdul Hadi dan empat yang lain untuk membatalkan saman tersebut atas alasan individu berkenaan tiada locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) berbuat demikian.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa Hakim Asmabi juga menyatakan bahawa sebagai anggota Parlimen, Abdul Hadi telah mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan Akta Parlimen. 

Selain Abdul Hadi, empat individu tersebut iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan. 

Mereka memfailkan saman pemula itu pada 12 Jun lepas bagi mencabar pembentangan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.  

Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi. 

Tambah Takiyuddin, hakim juga menyatakan bahawa keempat-empat individu berkenaan sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula. 
"Mahkamah menerima hujah bahawa kaedah yang diambil oleh plaintif adalah tidak betul kerana sepatutnya melalui semakan kehakiman. Mahkamah juga bersetuju bahawa plaintif tidak menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai hak untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada di dalam mana-mana dokumen menjelaskan siapa mereka ini. 
"Malah daripada empat plaintif, hanya satu plaintif (Mansoor) yang membuat afidavit dan mewakili tiga yang lain, sama ada mereka pengundi berdaftar atau ahli Pakatan Rakyat. 
"Mahkamah juga mendapati plaintif tidak mempunyai locus standi dalam mengambil tindakan ini dan tuntutan yang dibuat adalah pramatang serta hanya andaian semata-mata. Ia menyalahguna proses mahkamah," katanya. 
Takiyuddin berkata mahkamah juga bersetuju bahawa menurut Akta Relif Spesifik 1950, tiada sesiapa yang boleh menyekat anggota Parlimen untuk membawa sesuatu perkara dan usul untuk dibentangkan. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping