Jumaat, November 20, 2015

Sekadar Gambar Hiasan
Selagi adanya petualang yang sanggup menggadaikan kedaulatan Negara dan menjaja 'Air Mata Buaya' demi untuk meraih sokongan Simpati Murahan memang tak aman la jawabnya. 

Nak pulak bila ada pihak yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Tak mustahil dengan sesiapa pun diorang sanggup bekerjasama dan bersekongkol.

Dan jika mereka didapati bersalah mengambil tindakan sedemikian perlu dikenakan tindakan tegas. Bukan setakat menghalang mereka memasuki Sabah, tapi turut dilucutkan kewarganegaraannya.

Maka sebab itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengesan ‘Musuh Dalam Selimut’ yang bersekongkol dengan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

Sekadar Gambar Hiasan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka dalam usaha memastikan keamanan terjamin di Sabah khususnya di kawasan pantai timur negeri ini.
“Jika ada musuh dalam selimut, sampai bila pun pantai timur tidak akan aman. Tanggungjawab kami (ialah) kenal pasti musuh-musuh dalam selimut ini dan kita akan ambil tindakan.
"Kita tidak akan biarkan mereka terus menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging. Kalau mereka ingin tinggal di Sabah, ingin hidup dalam keadaan aman damai, mereka perlu setia kepada negara ini.
“Mereka perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kita memastikan seluruh negara kita aman damai dan semua orang boleh hidup sejahtera,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 155 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Khas yang bertugas semasa insiden pencerobohan pengganas di Tanduo, Lahad Datu, di pantai timur Sabah, di sini.

Pingat berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan mereka bertugas semasa insiden itu. Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Khalid juga meminta agar anggota masyarakat khususnya di kawasan pantai timur Sabah supaya memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan di kawasan berkenaan dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia telah mematahkan sekurang-kurangnya lapan cubaan kumpulan berkenaan untuk mereka masuk ke kawasan pantai timur Sabah untuk melakukan jenayah termasuk penculikan, katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. betullah nurul ni bodoh jumpa anak kiram...tapi najib bodoh juga salam dgn netanyahu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping