Rabu, November 11, 2015

Alahai Bang Min. Semenjak dua menjak tak cukup tidur ni, macam - macam hal pulak yang timbul ye. Kesian betul. Lepas satu persatu kontroversi timbul dan tak mampu untuk dijawab oleh dia.

Mula - mula hari tu isu mengenai DEIG dan Dana Rakyat berjumlah RM 30 billion yang lesap tanpa sebarang penjelasan dibuat. Kemudian timbul pulak isu mengenai pembinaan Lebuhraya Bertol.

Pun isu tu tak dapat dijelaskan oleh Si Azmin tu sampai terpaksa dipanggil oleh Presiden parti untuk memberikan penjelasan secara menyeluruh mengenai cadangan pembinaan tersebut.

Itu pun Si Azmin tu masih juga tak mampu nak jelaskan. Sebaliknya dia hanya menunding jari dan menyalahkan kepimpinan Rejim Pakatan sebelum dia yang didakwa membuat keputusan tersebut.

Walhal, sebagai seorang Menteri Besar, Si Azmin tu ada kuasa untuk membatalkan cadangan pembinaan tersebut dan tidak lagi menjadikannya sebagai satu isu yang terus dipertikaikan.

Kali ini mengenai kos pengambil-alihan syarikat pembekalan air di Selangor yang terus menghantui rakyat di negeri tersebut. Pun Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL untuk menjelaskannya.
SHAH ALAM: Menteri Besar Azmin Ali sehingga kini masih lagi gagal memerincikan pecahan kos sebenar pengambilalihan berhubung proses penstrukturan semula industri air Selangor yang mungkin memberi kesan kenaikan tarif air pada masa akan datang.

Azmin dalam sidang DUN hari ini hanya memberitahu kos tambahan pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat, sedangkan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM9.65 bilion.

Dalam sidang DUN lalu, bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada mendesak Azmin memerincikan kos pengambilalihan 4 syarikat konsesi air itu tetapi Azmin hanya menyentuh kos RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion. 


Khalid menegaskan penjelasan berkaitan baki RM7.65 bilion itu penting kerana dikhuatiri akan menyebabkan tarif di negeri itu meningkat.
Nah! Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada dia sebelum ini?

Jadi, tak heran la kenapa Si Menteri Besar Selangor tu lebih suka menunding jari dan mencari alasan yang Tak Masuk Akal demi untuk menutup kemaluan diri dia sendiri serta menjaga kepentingan Politik Peribadi dia!!! Walaupun terpaksa MENIPU sekali pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping