Isnin, November 16, 2015

Hah! Mungkin isu ini juga boleh Si Nurul Izzah tu merayu kepada pihak PBB bagi mendapatkan sokongan dari mereka agar memastikan tidak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRU nanti.

Hakikatnya, kita sendiri pun sudah sedia maklum bahawa Si Nurul Izzah tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang lepas kerana dia telah menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional.

Maka sebab itulah Si Nurul Izzah tu merayu agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan parti dikalangan Pakatan Haprak tu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sekiranya perkara itu berlaku, maka kemungkinan untuk mereka mengekalkan undi serta jawatan yang disandang pada ketika ini akan menjadi semakin tipis akibat kehilangan sokongan.

Kata Si Nurul Izzah, perkara sedemikian perlu dielakkan bagi memastikan puak - puak Pakatan Haprak tu dapat merampas kuasa dari Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Kita sudah katakan di peringkat awal lagi, seboleh-bolehnya keutamaan untuk kalahkan Umno dan BN dalam pertandingan satu lawan satu. Seboleh-bolehnya kita mungkin bekerjasama dengan semua pihak. Kita harap tidak perlu mendengar spekulasi sebegini,” katanya.

Menurutnya, parti pembangkang mesti mempunyai gabungan yang jelas dan perlu bekerja keras untuk menghadapi PRU14.


“Kita konsisten dari peringkat awal mengenai isu kerjasama dan akan memastikan tiada pertandingan antara satu sama lain dalam Pakatan Harapan walaupun sedar kewujudan parti lain. Kita tidak mahu wujud saingan tiga penjuru, itu keutamaan kita,” katanya.
REALITInya, jika Pakatan Haprak tu dapat rampas kuasa sekali pun, Negara belum tentu akan menjadi lebih baik kerana pada ketika ini pun, mereka masih lagi berbalah sesama sendiri.

Jadi, bagaimana mungkin puak - puak Pakatan Haprak tu boleh memerintah Negara dalam keadaan stabil sekiranya mereka terus berbalah sedemikian rupa? Mau jahanam Negara dibuatnya.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni membuktikan bahawa dia lebih mementingkan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri je. Bukannya dia nak menjaga kebajikan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pakatan Harapan adalah pakatan berat sebelah, iaitu berat kepada DAP. Tenguklah bajet Pulau Pinang, x de peruntukan kampung, semuanya peruntukan bandar. Kat sini pun nampak DAP memang rasis Cina. Melayu buat apa sokong parti cam ni?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping