Sabtu, November 28, 2015

Heh! Pelik pulak tengok Si Nurul Izzah ni. Kenapa pulak dia nak meroyan tak tentu arah bila Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul mengharamkan dia datang ke negeri tersebut?

Kenapa Si Nurul Izzah tu tak nak pulak ikut pendirian yang dibuat oleh Si Tian Chuak yang menerima keputusan tersebut dengan secara terbuka? Kenapa dia masih nak mempertikaikannya?

Tidakkah kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu boleh dianggap sebagai satu 'Sindrom Penafian' atau 'Denial Syndrom' yang enggan mengakui kesilapan diri dia sendiri sebelum ini?

Walaupun Si Nurul Izzah tu dah meminta maaf, tetapi dari apa yang dilakukan itu jelas menunjukkan yang dia tak ikhlas pun dengan permohonan maaf tu. Maaf dia jelas tak bermakna.

Hakikatnya, Si Nurul Izzah tu perlu terima kenyataan dan memikul beban kesilapan yang telah dilakukan. Bukannya meroyan tak tentu arah dan mempertikaikan keputusan sidang DUN Sabah macam orang hilang akal!!! Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
TAWAU - Tindakan melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki Sabah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mana-mana individu atau pihak yang tidak menghormati sensitiviti rakyat di negeri ini.    

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ia juga wajar dijadikan pengajaran kepada rakyat agar tidak mempunyai niat untuk bersekongkol dengan pihak yang menceroboh kedaulatan Sabah.

"Tindakan bertemu dengan puak pengganas yang mengaku sebagai 'Kesultanan Sulu' dan pernah menceroboh Sabah itu sama sekali tidak dapat dimaafkan oleh penduduk Sabah.

"Tindakan dua pemimpin PKR ini dilihat seperti tidak mementingkan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus 1Azam yang disertai 25 peserta dari Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini hari ini.    

Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah meluluskan usul khas yang melarang dua pemimpin pembangkang itu daripada memasuki Sabah berikutan pertemuan mereka dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping