Sabtu, November 28, 2015

Ianya memang satu perkara yang nampak canggung bila ada dikalangan puak - puak blogger Pakatan Haprak tu tampil mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan mereka secara terbuka.

Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin bertentangan dengan apa yang diungkapkan selama hari ini. Semuanya hanya RETORIK belaka.

Mengulas mengenai dua kenyataan yang dibuat oleh Azmin dan Zuraidah sewaktu perasmian Kongres PKR hari ini, blogger terbabit tampil mempersoalkan pendirian PKR terhadap PAS.

Katanya, kenyataan yang dibuat oleh kedua - dua orang pemimpin itu membuktikan bahawa mereka hidup dalam 'Sindrom Penafian' atau 'Denial Syndrom' yang suka menyalahkan orang lain.

Walhal pada hakikatnya, kelemahan dan kegagalan PKR itu semuanya berpunca dari ketidak-cekapan dikalangan pimpinan parti itu sendiri. Bukannya sebab campur tangan dari orang luar.
"Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan? Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. 
"Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif Presiden PKR sendiri. 
"Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?
"Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla.... 
"Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan." Demikian jelas blog tersebut.
Nah! Secara tidak lansung, ulasan yang dibuat melalui blog tersebut membuktikan bahawa puak - puak PKR ni hanya sekadar mahu memperjuangkan amalan Politik Retorik mereka sendiri.

Dek kerana terdesak sangat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, sanggup diorang membuat tuduhan dan memburukkan rakan - rakan sekutu yang lain. Itu membuktikan yang PKR ni memang tak boleh dipercayai lansung!!! Pantang lepa, habis semua diliwatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping