Khamis, November 12, 2015

Heh! Siapa yang terdesak sebenarnya? Si Husam tu ke atau puak - puak Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat?

Punya la diorang ni terdesak sehingga sanggup buat cerita kononnya isteri Si Husam Musa tu sebelum ini dilaporkan telah menerima kiriman mesej pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Yang herannya, sejak bila pulak bini Si Husam Musa tu jadi bini Si Din Pudu sampai tahap dia pulak yang buat pendedahan mengenai perkara tersebut kepada pihak media sebelum ini?
PETALING JAYA: Isteri kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menerima ugutan bunuh ketika ketegangan semakin memuncak melanda kepimpinan parti itu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, Husam memaklumkan kepada beliau bahawa isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan bahawa isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh. Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin.

Salahuddin bagaimanapun enggan menjelaskan lebih terperinci mengenai insiden itu dengan berkata beliau kecewa dengan apa yang menimpa isteri Husam. Malah, beliau berharap pihak polis akan menyiasat perkara itu dengan segera.
Kenapa bukan Si Husam tu sendiri yang tampil dan mendedahkan mengenai perkara itu kepada umum sedangkan sebelum ini dia banyak keluarkan kenyataan menghentam PAS dalam media?

Dan sekiranya benar Si Husam tu ada pergi ke balai Polis dan buat laporan, dah tentu pihak media akan mengerumuni Bekas Naib Presiden PAS tu untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

Cuba korang fikirkan secara logik dengan menggunakan akal yang waras. Kejadian tu katanya berlaku DUA HARI yang lepas. Takkan pihak media lansung tak ambik tau mengenainya?

Kan nampak sangat peliknya dakwaan yang dilakukan oleh Si Din Pudu tu sehingga membuatkan ianya menjadi satu persoalan dikalangan rakyat terhadap kesahihan dakwaan tersebut. 

Dan sekiranya perkara itu tidak benar, maka ianya membuktikan yang diorang benar - benar dalam keadaan terdesak nak mendapatkan sokongan Politik dan meraih Simpati Murahan dari kalangan rakyat sampai sanggup menggadaikan keselamatan isteri sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping