Khamis, November 12, 2015

Eh, biar betul kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni? Ke dia buat kenyataan ni selepas dia tak dapat tidur selama beberapa bulan seperti yang dilakukan sebelum ini?

Kalau sebelum ni, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa anak dia yang berusia 15 tahun menduduki 'Final Exam' minggu ni sedangkan semua orang tau, budak Tingkatan 3 semua ambik PT3.

Jadi, tak mustahil Si Menteri Besar Selangor tu boleh buat kesilapan berkaitan dengan kenaikkan tarif air yang didakwa tidak akan memberi kesan kepada rakyat di negeri tersebut.
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.


“Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif. Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.
Persoalannya, sejauh mana jaminan yang diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu akan dilaksanakan? Adakah ianya akan berakhir seperti 'Janji Sampah dan Longkang' yang dibuat sebelum ini?

IRONIKnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu memperlihatkan sifat HIPOKRIT yang ditonjolkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama hari ini.

Walhal sebelum ni, diorang juga yang dok tuduh Kerajaan Pusat membebankan rakyat menaikkan kos sara hidup. Yang diorang pegi tambah lagi beban rakyat ni, menda kejadahnya pulak?

Sepatutnya, kalau diorang benar - benar nak menjaga kebajikan rakyat, semua kos pembelian konsesi air tu perlu ditanggung oleh pihak Rejim Pakatan dan tak perlu untuk dinaikkan tarif air.

Tapi persoalan yang dibangkitkan tu mudah je untuk Si Menteri Besar Selangor tu menjawabnya. Paling tidak, dia tu boleh menunding jari menyalahkan Khalid Ibrahim dan mendakwa dia yang menyebabkan kenaikkan tarif air tu di Selangor!!! Habis cerita!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. mereka adalah siapa yang mereka pilih. justeru mereka harus belajar terima seadanya apa yang di kenakan ke atas mereka. biarkan, biarkan...

    BalasPadam
  2. Azmin dah jadi pemandu taxxi. Nak sampai ke distinasi ke heaven't naik la teksi yang di pandu malaikat baju unifom putih dan hitam. Bas esspress aji dah kena saman polis trafik taik cicak kerana langgar bontot kereta kid siang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping