Berikut kiriman dari seorang pelajar Malaysia di Mesir yang memberikan pandangan mengenai bagaimana fahaman Ekstremis boleh menyerap masuk dikalangan rakyat di Malaysia.
Pandangan yang diluahkan oleh anak muda ini wajar diberikan perhatian agar kesilapan dan kekeliruan terhadap fahaman Islam dikalangan masyarakat Malaysia dapat dikekang. Jangan biarkan ianya menjadi satu ancaman baru kita nak ambik tindakan!!!
Assalamu'alaikum.. Inspirasi drpd pandangan ayah saya, katanya pelajar lepasan timur tengah zaman dulu akan me'mondok' terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam masyarakat & mengajar.
Saya melihat kursus kenegaraan Biro Tatanegara BTN yang diwajibkan keatas pelajar sebelum berlepas terbang ke luar negara sangat efektif membentuk pelajar menjadi duta kecil negara.
Disini saya sekadar ingin berkongsi pandangan agar setiap pelajar jurusan agama di tahun akhir di Timur Tengah diwajibkan mengikuti Kursus ASWAJA Malaysia sebelum pulang ke tanah air. Atau mungkin boleh diselitkan slot ASWAJA ini dalam Kursus BTN bagi peserta beragama Islam.
Ini adalah kerana perbezaan intitusi pendidikan menyebabkan perbezaan fahaman dibawa pulang ke Malaysia lantas menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Malaysia & lebih teruk lagi jika ia menyebabkan perpecahan umat.
Fahaman yang saya maksudkan adalah SALAFI (WAHABI) yg masuk melalui institusi pendidikan di Timur Tengah khususnya Arab Saudi & Jordan. Pelajar2 ini membawa pulang fahaman ini lalu terjun ke dalam masyarakat. Sesetengahnya masuk ke dalam IPT & sekolah. Lebih teruk lagi jika fahaman ini masuk ke dalam jabatan2 agama yg berautoriti.
Seperti yang kita maklum, pendidikan agama di Malaysia telah sekian lama seiring dgn manhaj Al-Azhar yg menjadi benteng kukuh ASWAJA. Namun ketidakstabilan politik di Mesir menyebabkan bilangan pelajar kesana menurun.
Justeru pandangan ini saya usulkan dengan harapan umat Islam di Malaysia dapat beramal dengan tenang, bebas daripada kekeliruan & perpecahan. Saya memohon maaf andai ada salah & silap dalam menyampaikan cadangan ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.