Hahaha!!! Perlu tak kita kesian dengan nasib malang yang menimpa Si Nurul Izzah ni? Adakah perlu kita lahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah berlaku kepada dia sejak akhir - akhir ni?
Rasanya Tak Payah la kot!!! Sebab apa yang dia lalui pada ketika ini memang patut pun. Semuanya atas sebab kesilapan yang telah dilakukan. Ianya berpunca dari kelemahan dia sendiri.
Sebelum ni, dia jugak yang pandai - pandai cari penyakit berjumpa dengan Puteri Kiram, anak kepada kepala pengganas yang telah menyerang, membunuh dan menceroboh Lahad Datu di Sabah.
Dek kerana tindakan itu, maka sidang DUN Sabah telah meluluskan usul untuk mengharamkan Si Nurul Izzah tu jejak kaki ke Negeri Di Bawah Bayu tu secara sebulat suara.
Kali ini, sekali lagi Si Nurul Izzah tu ditimpa nasib malang apabila dia bukan sahaja telah ditahan oleh pihak Imigresen Sarawak, tetapi turut dihalau balik dan tidak dibenarkan masuk.
Dilaman twitter milik Si Nurul Izzah tu, dia kata tindakan yang dilakukan oleh pihak Imigresen dan Kerajaan Negeri Sarawak itu adalah satu 'Pencabulan Kuasa' oleh pihak Imigresen.
“Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!” tulisnya di akaun Twitter sebentar tadi.
Heh! Itu la IRONIKnya tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak ni. Memang nampak sangat yang diorang ni mengamalkan Politik Hipokrit yang cukup kronik.
Bukan ke selama hari ini, puak - puak Pakatan Haprak termasuk Si Nurul Izzah tu sendiri yang dok asyik memperjuangkan 'Kuasa Autonomi' bagi rakyat di Negeri Sabah dan Sarawak?
Jadi, kenapa pulak Si Nurul Izzah tu nak meroyan apabila Sarawak menggunakan Kuasa Autonomi mereka untuk menghalang seorang Kaki Fitnah macam dia menjejakkan kaki ke Negeri tersebut?
Apa yang jelas, bumi Sarawak enggan menerima kehadiran seorang Kaki Fitnah yang hanya membawa keburukkan kepada rakyat di Negeri tersebut. Jadi, sepatutnya Si Nurul Izzah tu rasa bersyukur sebab masih dilayan dengan baik. Bukannya meroyan tak tentu arah!!!
Padan muka. Itulah akibat bermain dengan api.
BalasPadamSIKIT HARI LAGI JADI PERSONA NON GRATA
BalasPadam