Berikut gambar disekitar perhimpunan yang diadakan semalam. Dengar kata, jumlah kehadiran para penyokong ada dalam 1000 hingga 1500 orang. "Lautan Penyokong UMNO Berani" katanya.
Persoalan pertama yang terdetik ketika melihat keadaan ini ialah, adakah mereka yang datang tu semuanya penyokong Timbalan Presiden atau majoritinya penyokong - penyokong Pro Tun?
Rasanya, kalau begini cara UMNO nak menang 2/3 dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, buat perhimpunan untuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan, kita yang lain ni tak payah buat kerja la.
Lepas ni kita yang dari kalangan Pro UMNO ni semua dah boleh gantung laptop serta gadjet masing - masing. Tak payah susah - susah dah nak berperang dengan puak - puak Pakatan Haprak tu.
Realitinya, UMNO tak pernah belajar dari kesilapan yang telah dibuat sebelum ini. UMNO lupa bahawa tindakan seperti ini hanya mampu memberikan impak Negatif kepada sokongan rakyat.
Tengok apa yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu pun cukup la. Sedikit sebanyak sokongan rakyat menurun sebab berlakunya desakan terhadap kepimpinan sebelum ini.
Tapi, bak kata seorang pemimpin UMNO tu jugak la. Orang UMNO ni mudah lupa. Nak pulak orang Melayu. Jadi, mungkin sebab itu diorang masih buat benda yang sama. Mungkin bagi mereka, inilah cara paling mudah untuk meraih 2/3 dalam Pilihan Raya Umum akan datang!!!
berundurlah muhyiddin.
BalasPadamYang datang bukan semua orang UMNO. Ada ahli Amanah, PKR, DAP dan orang luar yang hanya nak mendengar cerita selain gelintir penyokong yang cari makan dengan Muhyiddin. Rakyat marhiem tahu siapa Muhyiddin.
BalasPadamEnemy of my enemy is my friend...and divide them we can rule them...ehm..look like very real!!!
BalasPadam