Selasa, Disember 08, 2015

Mahkamah Tinggi hari ini telah membuat keputusan membatalkan saman yang difailkan bekas ahli UMNO terhadap Setiausaha Agung parti itu berhubung pemecatannya daripada parti terbabit.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha Bala mengarahkan bekas ahli UMNO itu membayar kos RM5,000 kepada kedua - dua defendan, termasuk Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Ketika membuat keputusan tersebut, Nantha berkata, pihak mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar sebarang perkara yang membabitkan tindakan yang dilakukan oleh parti Politik.
“Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan aduannya diadili mahkamah. Jika dalam semua ada satu yang bermakna, terletak di bawah Perlembagaan Umno itu sendiri, iaitu untuk membuat rayuan (selepas tiga tahun) mengikut Perlembagaan Umno supaya keahlian beliau dikembalikan, selaras Seksyen 40 Akta Pertubuhan 1966.
“Tidak dinafikan, tiga tahun terlalu lama dan ia mungkin tidak bermakna lagi untuk memohon keahlian dikembalikan, kerana lanskap mungkin sudah berubah pada masa itu, tetapi malangnya, itulah syarat ketika plaintif bersetuju menjadi ahli parti itu, justeru beliau tiada pilihan, kecuali mematuhi peraturan itu,” katanya dalam penghakiman bertulisnya.
Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966 juga turut memperuntukkan sebarang keputusan dibuat sebuah pucuk pimpinan sesebuah parti politik itu adalah bersifat Muktamad.

Pemecatan bekas ahli UMNO itu daripada parti telah dibuat melalui dua surat bertarikh 2 dan 3 September, susulan satu saman sivil yang difailkan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Hakim Mahkamah, Nantha juga turut memutuskan bahawa perkataan “Pemecatan” dan “Gugur” yang merujuk kepada surat - surat itu langsung tidak berkesan.

Dalam erti kata lainnya, lepas ni, jangan pulak Bekas Ahli UMNO yang terlibat tu berguling atas jalan raya dan membuat dakwaan kononnya sistem Keadilan serta Mahkamah di Malaysia ni berat sebelah.

Jangan pulak dia jaja cerita sampai ke luar Negara dan berusaha untuk mendapatkan sokongan Simpati Murahan dari pihak musuh macam yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu sudah la. Nanti takut, lain pulak jadinya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping