Selasa, Disember 08, 2015

Hahaha!!! Nampak gayanya Si Nurul Izzah tu dah tak mampu nak lari dari ke-BODOH-an yang telah dilakukan. Ikut celah mana sekali pun, anak Si Ketua Penipu tu akan terperangkap juga.

Jika sebelum ini, Si Nurul Izzah tu dah terjerat dengan kontroversi hangat apabila gambar dia bersama dengan anak kepada penceroboh Lahad Datu tu tersebar didalam laman media sosial.

Kali ini, isu mengenai sekatan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas Si Nurul Izzah tu pulak yang menjadi tajuk hangat yang diperkatakan dikalangan pengguna laman media sosial.

Larangan masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dibuat atas pertimbangan sikap tidak patriotik dan tidak sensitifnya baru - baru ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu lebih tahu sikapnya telah melukakan penduduk negeri ini dan Sabah.
“Seorang pegawai polis berasal dari Sarawak antara yang terbunuh semasa pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 lalu.
“Nurul baru-baru ini bertemu dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mendakwa Sultan Sulu, orang yang terbabit secara langsung (pencerobohan di Lahad Datu),” katanya.
Abdullah juga turut menambah, pada bulan lalu seorang lagi penduduk asal Negeri Sarawak, Bernard Then telah dibunuh secara kejam oleh kumpulan penculik Suluk dari selatan Filipina.

Pegawai Imigresen telah bertemu dengan Nurul Izzah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengumumkan calon PKR pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Seorang pegawai Imigresen kemudian memaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan memasuki negeri ini dan diminta meninggalkan Sarawak melalui penerbangan yang kemudiannya.

Abdullah menegaskan, tindakan menyekat itu bukan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri kerana ia memiliki hak untuk memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat negeri ini.
“Jika Sabah boleh menyekat Nurul masuk, kenapa Sarawak tidak boleh? Kami bukan saja sekat Nurul, malah sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik dan ingin menyemai benih perbalahan kaum dan agama di negeri ini,” jelas beliau.
Selain itu, Abdullah juga turut menjelaskan bahawa Nurul Izzah telah menyalahgunakan kebebasan bercakap dengan bersama Jacel, anak Jamalul Kiram yang dianggap sebagai musuh negara.

Pokok pangkalnya, Si Nurul Izzah tu sendiri yang pandai - pandai cari penyakit. Dia yang terdesak sangat nak menjaja 'Air Mata Buaya' dia sehingga dilihat sanggup bersekongkol dengan Musuh Negara semata - mata demi untuk kebebasan seorang PELIWAT!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping