Haduyai!!! Inilah masalahnya bila dah takde kerja lain sangat yang nak dibuat. Punya la takde isu yang nak diputar-belitkan sebagai momokkan kepada rakyat, takkan semua benda yang nak diselaknya.
Benda yang Non Issue pun boleh dijadikan bahan pertikaian dan diperbesar - besarkan oleh sesetengah pihak. Walhal, sama ada benda tu ada atau pun tidak bukannya penting sangat pun.
Kot selama hari ini, pernah ke ada orang yang puji perhiasan atau pun gambar yang dipasang didalam kawasan PWTC? Pernah ke ada orang yang bangkitkan isu tu dalam persidangan?
Contoh "Gambar Hiasan" yang dipertikaikan... |
Katanya, tindakan 'Menghilangkan Gambar' itu hanyalah merupakan taktik 'Sabotaj' yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan terhadap pemimpin - pemimpin yang terlibat.
Tapi secara logiknya, adakah isu mengenai 'Kehilangan Gambar' itu yang perlu dijadikan 'Fokus' utama dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini? Penting sangat ke gambar tu kepada mereka?
Rasanya dah banyak kali dah kita jelaskan. Perhimpunan Agung UMNO ni lebih luas lagi pentasnya. Perhimpunan Agung UMNO ni ada benda lain yang lebih penting untuk diberi perhatian.
Sepatutnya, pentas Perhimpunan Agung UMNO ni digunakan untuk terus memastikan agenda orang Melayu tu terpelihara dan dijaga dengan baik oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
Apa yang lebih penting, pentas Perhimpunan Agung UMNO ni perlu menjadi wadah untuk para perwakilan memastikan Kerajaan menjaga dan mempertahankan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Bukannya hanya datang setakat nak mempertikaikan mengenai gambar hiasan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.