Rabu, Disember 09, 2015

Lidah rasmi PAS hari ini mengambil keputusan untuk meminta maaf secara terbuka kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana menabur fitnah sebelum ini.

Kes saman yang telah difailkan oleh Datuk Seri Mustapha Mohamed atau Tok Pa itu adalah mengenai dakwaan kenyataan fitnah berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Saman itu telah difailkan terhadap bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah, Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong; dan pengarangnya, Azmi Yusof.

Kes saman itu diselesaikan selepas defendan memohon maaf melalui kenyataan yang dibacakan dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin di sini, hari ini.

Nor Bee kemudian turut merekodkan penghakiman persetujuan dan memerintahkan agar pihak defendan membayar sebanyak RM20,000 kepada Mustapa selaku plaintif.

Dalam kenyataan itu, Sharifah Nur Asmaa' berkata semua defendan telah mengakui, tiada asas berhubung dakwaan dan kenyataan yang dipertikaikan dan menyesali kerana ia diterbitkan.

Semua defendan juga memohon maaf tanpa bersyarat ke atas rasa tertekan dan perasaan malu yang dialami plaintif berikutan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan serta dakwaan itu.

Kenyataan dan dakwaan itu terkandung dalam artikel yang bertajuk 'Lahad Datu: Menteri Sepatutnya Letak Jawatan' yang diterbitkan dalam Harakah pada 24 Mac 2013.

Walau bagaimanapun, Mustapa tetap akan meneruskan saman yang dibuat terhadap Husam dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Januari, kata peguam Mustapa, Lew Cho Kang.


Mustapa mendakwa perkataan yang telah digunakan oleh Husam sebelum ini seolah - olah menunjukkan beliau hanya menggunakan jawatan sebagai Menteri untuk kepentingan peribadi semata - mata.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping