Tak tau la apa yang berlaku dalam dewan sebaik sahaja sesi Taklimat Presiden bermula semalam. Sebab kita sendiri pun tak tau apa yang berlaku dan bagaimana keadaan sebenarnya.
Tinggal lagi, mereka yang berada diluar dewan rasa terkilan apabila UMNO yang sebelum ini melaung - laungkan agenda nak menjadikan parti sebagai sebuah wadah 'Inklusif' dah kembali menjadi 'Eksklusif'.
Itu yang disuarakan oleh mereka yang berada diluar. Berbalik kepada sesi taklimat yang diadakan malam tadi, blogger tersohor, Dr. MiM ada buat kupasan mengenai suasana yang berlaku didalam Dewan Merdeka semalam;
"Sesiapa yang mengikuti laporan berita tentang taklimat Presiden sudah tentu sedia maklum bahawa DS Muhyidddin Yassin tidak hadir malam ini. Tetapi DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO hadir dan duduk bersama DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Hishammuddin Hussein.
"Perkembangan ini dilaporkan dan menjadi perbualan hangat di dalam media sosial. Masing-masing mempunyai andaian sendiri tetapi bagi MiM, yang perlu kita tahu ialah respons keseluruhan perwakilan UMNO yang berada di dalam Dewan Merdeka.
"Responsnya sangat baik tanpa ada sebarang suasana tidak manis yang berlaku. Jika beginilah atmosfera di dalam Dewan Merdeka, kita menjangka dan amat mengharapkan agar ianya akan berkekalan hingga ke penghujung Perhimpunan ini.
"Sebelum ini, pelbagai khabar angin yang kedengaran tentang perjalanan Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Dan ianya pasti akan mengundang lebih ramai lagi pemerhati termasuk penyokong-penyokong pemimpin yang hadir. Panas sudah tentu tetapi MiM berharap ianya terkawal tanpa mewujudkan backlash kepada pihak UMNO." - lapor blog tersebut.
Persoalannya, adakah ketidak-hadiran Timbalan Presiden itu yang menjadi isi utama buat wadah perjuangan bagi sebuh parti yang tertua di Negara ini? Itu ke yang menjadi isu pentingnya?
Ke mana hilangnya agenda nak memperkasakan kepentingan orang Melayu? Takkan semudah itu tumpuan orang Melayu boleh dipesongkan dengan hanya ketidak-hadiran individu tertentu?
Sepatutnya, ketidak-hadiran itu kita sendiri pun dah sedia maklum. Takde menda yang nak diherankan sangat. Lantak dia la nak datang ke tidak. Mungkin mereka rasa dengan ketidak-hadiran itu mampu mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Lebih baik TSMY tidak hadir sepanjang PAU,dari menjadi tunggul dalam PAU setelah diketepikan dalam beberapa perkara semasa PAU ini.
BalasPadamLebih baik TSMY tidak hadir sepanjang PAU,dari menjadi tunggul dalam PAU setelah diketepikan dalam beberapa perkara semasa PAU ini.
BalasPadam