Sedangkan pada ketika ini pihak Musuh tengah sibuk membina kekuatan, Adakah orang UMNO masih Lena dalam tidur mereka sendiri!!! |
Lagi dua hari, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka seperti mana biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memenuhi tuntutan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Maka, berkumpul la orang Melayu dari seluruh pelusuk Negara kecuali Sarawak di PWTC. Macam - macam orang ada. Ada yang jadi perwakilan dan ada yang jadi tempelan. Ada jugak yang datang saja nak tengok - tengok.
Tu belum lagi mereka yang dari kalangan Bukan Ahli UMNO. Pun ada jugak yang datang 'Meninjau' tanpa disedari oleh orang UMNO sebab masing - masing terlalu "sibuk dan menyibuk" sana sini.
Semuanya datang kerana Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dianggap 'Luar Biasa' sikit dari sebelum - sebelumnya. UMNO tahun ni katanya agak tunggang - terbalik dan dilihat jadi tak tentu arah.
Diperingkat pucuk pimpinan, memang nampak macam ada masalah. Orang tu tak suka orang ini. Orang ini pulak dok memburukkan orang itu. Tapi sedar ke tidak, benda tu bukannya baru dalam UMNO?
Sejak zaman Si Ketua Penipu tu belum jadi Timbalan Presiden pun, bab buruk - memburukkan orang ni memang dah ada. Jadi, apa yang nak diherankan sangat dengan Perhimpunan kali ini?
Yang menghangatkan perhimpunan kali ini pun bukannya orang lain. Sebaliknya orang yang diatas tu jugak. Diorang yang sibuk dok beramuk sesama sendiri tanpa memikirkan kita dibawah.
Tapi, jangan ingat kita yang dibawah ni boleh menurut segala rentak yang dimainkan oleh orang diatas. Hakikatnya, orang dibawah ni ramai yang sedar dengan permainan orang diatas.
Bagi mereka, orang diatas tu hanya sekadar 'Berlakon' bila beramuk sesama sendiri ni. Kata mereka, sedangkan dengan musuh Politik pun diorang boleh 'bertepuk dan bertampar', inikan pulak sesama sendiri.
Kita yang dibawah ni jugak la yang dok dimomokkan dengan amalan Politik 'Wayang Kulit' yang dimainkan oleh orang diatas. Tapi diorang diatas? Silap hari bulan boleh duduk minum semeja lagi.
Jadi, tak usah la kita yang dibawah ni dok sibuk terikut sangat dengan permainan 'Wayang Kulit' mereka yang diatas tu. Yang penting sekarang ni ialah berusaha untuk mengekalkan Kerajaan dan memastikan nasib orang Melayu terus terbela. Bukannya sibuk beramuk sesama sendiri!!!
org di ataslah sedar dulu....baru org bawah ikut
BalasPadamMempertahankan pemimpin Melayu yang bermasalah akan mengundang kejatuhan `Empayar Melayu'...
BalasPadamPERCAYA KEPADA PEMIMPIN YANG DAH TAMATTEMPOH LAGI CEPAT EMPAYAR RUNTUH
PadamIni amat benar, MELAYU JGN EMOSI SEHINGGA KUASA MELAYU TERGADAI
BalasPadamBiasanya yg buat masaalah tu anak2 yg tak patuh kat mak bapak dan dengki sesama sendiri.
BalasPadamYg menyebabkan kejatuhan empayar melayu adalah gunting2 dlm lipatan. Klu pemimpin yg ada pun tkle dipertahankan jgn harap lah pemimpin yg menggantikannye dpt bertahan lama. Bila ni terjadi, yg bersorak gembira adalah musuh2 bangsa dan agama.
BalasPadamTak perlu tngu org atas utk sedar sbb masing2 kena sedar diri. Hari2 kna mntk ampun, bersangka baik dan berdoa agar kita semua termasuk pemimpin2 diberi petunjuk agar selamat agama, negara, bangsa dan sekalian umat nabi muhammad s.a.w.
BalasPadam