Khamis, Disember 10, 2015

Baru dua tiga hari lepas kita didedahkan mengenai desakan untuk 'Menghalalkan Maksiat Dirumah' daripada kalangan puak - puak Liberalis yang bersembunyi dibelakang kumpulan G25.

Kemudian kita dah baca juga kenyataan daripada seorang Mufti yang dilihat menyokong desakan tersebut berdasarkan kepada pandangan pihak yang turut pernah menghalalkan Liwat.

Maka sudah pasti kenyataan yang dibuat oleh mereka itu merujuk kepada ancaman Liberalis yang secara tidak lansung berniat memesongkan akidah umat Islam di Malaysia pada ketika ini.

Hakikatnya, ancaman puak - puak Liberalis ni memang benar - benar wujud dan ianya semakin menular dikalangan rakyat Malaysia secara subversif atas dasar Kebebasan Hak Asasi.

Dan realitinya, mereka bukan sahaja bersembunyi disebalik kumpulan G25. Malah banyak lagi pertubuhan lain seperti Sister In Islam yang membawa suara yang sama dengan puak - puak Liberalis ini.

Bahkan, fahaman Liberalis ini juga turut berakar umbi dikalangan penganut - penganut Anwarisme yang taksub kepada seorang Peliwat sehingga sanggup bersekongkol dengan Musuh Negara.

Maka tak salah sekiranya salah seorang Perwakilan Puteri UMNO semalam mendesak agar Kerajaan mengambil berat terhadap ancaman Liberalis ini supaya ianya tidak terus menular.

Katanya, pihak Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani gejala penyebaran fahaman Liberalisme ini dikalangan masyarakat agar ianya tidak menjadi lebih kronik dimasa akan datang.
“Negara kini dicabar dengan isu-isu agama yang memperlihatkan kumpulan tertentu bersuara hebat membawa fahaman liberal bagaikan sudah tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.
“Berselindung di sebalik kumpulan profesional, mereka sebenarnya tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar malah menggunakan hak asasi manusia sebagai alasan untuk menolak fahaman Islam,” kata Ketua Puteri UMNO Kangar ketika membahaskan usul agama pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2015 hari ini.
Katanya lagi, penguatkuasaan undang - undang syariah perlu diperhebatkan bagi menangani mereka yang cuba mempengaruhi dan memesongkan pemikiran umat Islam di negara ini.

Maka kesimpulan mudahnya, pihak berkuasa bukan sahaja perlu memantau, sebaliknya perlu ambik tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyemai fahaman Liberalis ini dikalangan masyarakat. Bukan setakat tau bagi 'Amaran' je kerjanya!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Pihak berwajib perlu ambil tindakan seger. Mereka ini bukan sekadar sesat malah menyesatkan. Tunggu apa lagi.

    BalasPadam
  2. Buka jln utk buat maksiat sesuka hati.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping