Itu je caranya kalau Hospital Swasta tu sibuk sangat nak ambik Jururawat yang pakai pakaian Seksi ni. Tak payah susah - susah diorang nak membangkitkan sentimen Anti Islam.
Di Kuala Lumpur, seorang wanita dinasihatkan berhenti kerja oleh pihak pengurusan sebuah swasta hospital swasta di bandar ni kerana memakai baju seragam lengan panjang dan tudung masa menjalankan tugas sebagai jururawat.
Mangsa Naziah Sauni Samat, 24 bukan takat dinasihatkan suruh berhenti kerja, lebih teruk tu sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) milik dia yang membolehkan dia bekerja di hospital atau klinik pun kena gantung. Disebabkan tu dia susah nak cari kerja lain.
Menurut Naziah, dia dengan kawan dia lagi seorang kena potong lengan baju sebab kena pendek. Selain tu, pakai stoking pun tak boleh kerana takut kuman tersebar melalui sentuhan.
"Masa kerja tu Naziah ni terima macam-macam tekanan dari pihak pengurusan hospital tu. Pihak hospital tu tak bagi dia buat kerja langsung dan lebih menyakitkan hati tu dia kena maki kerana nak menutup aurat." lapor laman portal Utaranews
Apa yang terjadi keatas Naziah ni memang satu diskriminasi! Pihak hospital tu perlu kena tindakan sesuatu lah. Sampai bila nak biar diorang layan orang macam sampah cenggitu sekali!
Apa nama hospital tersebut? Orang Islam patut jauhilah hospital tersebut.
BalasPadam