Selasa, Disember 01, 2015

Heh! Nampak gayanya sekarang ni dah masuk musim orang ramai mendirikan rumah tangga. Tak kurang jugak dengan beberapa golongan yang diberi jolokan sebagai "Mak Janda Hot" ni.

Baru - baru ni, kita dah dengar dan baca berita mengenai Maria Farida yang menamatkan musim 'Janda' dia dengan mendirikan rumah tangga. Katanya ada lagi artis yang akan ikut jejak langkah dia.

Menerusi laporan yang disiarkan melalui laman portal UtaraNews, dengar cerita anak kepada penyanyi lagenda Rock, Amy Search tu juga akan menamatkan musim janda dia tak lama lagi.
Setelah sudah beberapa tahun hidup dengan status janda ataupun ibu tunggal.. Akhirnya Nabila Huda mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dengan kekasih hati yang merupakan pengurus kepada restoren Kulcats sekitar bulan Disember tahun ini..

Nabila yang lebih selesa dipanggil sebagai Abil masih lagi tak mahu dedahkan tarikh sebenar sebab banyak lagi urusan mengenai majlis perkahwinan belum lagi selesai..

Walaupun tak dedahkan tarikh, itu tak bermakna dia akan berkahwin secara senyap-senyap atau secara tertutup.. Abil akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis perkahwinannya..

“Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai.


Tunggulah sehingga kad diedarkan. Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media,” kata Abil, lapor Utaranews
Walau apa pun, kita ucapkan tahniah kepada Nabila. Benda baik kita kena sokong. Kita doakan semoga lepas ni giliran Si Mak Janda yang 'Cerai'-kan suami dia tu pulak. Setidak - tidaknya, takde la dia meroyan cari Musuh Negara untuk dibuat 'Kawan'!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping