Ahad, Disember 06, 2015

Sedangkan pada ketika ini pihak Musuh tengah sibuk membina kekuatan, Adakah orang UMNO masih Lena dalam tidur mereka sendiri!!!
Lagi dua hari, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka seperti mana biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memenuhi tuntutan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Maka, berkumpul la orang Melayu dari seluruh pelusuk Negara kecuali Sarawak di PWTC. Macam - macam orang ada. Ada yang jadi perwakilan dan ada yang jadi tempelan. Ada jugak yang datang saja nak tengok - tengok.

Tu belum lagi mereka yang dari kalangan Bukan Ahli UMNO. Pun ada jugak yang datang 'Meninjau' tanpa disedari oleh orang UMNO sebab masing - masing terlalu "sibuk dan menyibuk" sana sini.

Semuanya datang kerana Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dianggap 'Luar Biasa' sikit dari sebelum - sebelumnya. UMNO tahun ni katanya agak tunggang - terbalik dan dilihat jadi tak tentu arah.

Diperingkat pucuk pimpinan, memang nampak macam ada masalah. Orang tu tak suka orang ini. Orang ini pulak dok memburukkan orang itu. Tapi sedar ke tidak, benda tu bukannya baru dalam UMNO?

Sejak zaman Si Ketua Penipu tu belum jadi Timbalan Presiden pun, bab buruk - memburukkan orang ni memang dah ada. Jadi, apa yang nak diherankan sangat dengan Perhimpunan kali ini?

Yang menghangatkan perhimpunan kali ini pun bukannya orang lain. Sebaliknya orang yang diatas tu jugak. Diorang yang sibuk dok beramuk sesama sendiri tanpa memikirkan kita dibawah.

Tapi, jangan ingat kita yang dibawah ni boleh menurut segala rentak yang dimainkan oleh orang diatas. Hakikatnya, orang dibawah ni ramai yang sedar dengan permainan orang diatas.

Bagi mereka, orang diatas tu hanya sekadar 'Berlakon' bila beramuk sesama sendiri ni. Kata mereka, sedangkan dengan musuh Politik pun diorang boleh 'bertepuk dan bertampar', inikan pulak sesama sendiri.

Kita yang dibawah ni jugak la yang dok dimomokkan dengan amalan Politik 'Wayang Kulit' yang dimainkan oleh orang diatas. Tapi diorang diatas? Silap hari bulan boleh duduk minum semeja lagi.

Jadi, tak usah la kita yang dibawah ni dok sibuk terikut sangat dengan permainan 'Wayang Kulit' mereka yang diatas tu. Yang penting sekarang ni ialah berusaha untuk mengekalkan Kerajaan dan memastikan nasib orang Melayu terus terbela. Bukannya sibuk beramuk sesama sendiri!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. org di ataslah sedar dulu....baru org bawah ikut

    BalasPadam
  2. Mempertahankan pemimpin Melayu yang bermasalah akan mengundang kejatuhan `Empayar Melayu'...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PERCAYA KEPADA PEMIMPIN YANG DAH TAMATTEMPOH LAGI CEPAT EMPAYAR RUNTUH

      Padam
  3. Ini amat benar, MELAYU JGN EMOSI SEHINGGA KUASA MELAYU TERGADAI

    BalasPadam
  4. Biasanya yg buat masaalah tu anak2 yg tak patuh kat mak bapak dan dengki sesama sendiri.

    BalasPadam
  5. Yg menyebabkan kejatuhan empayar melayu adalah gunting2 dlm lipatan. Klu pemimpin yg ada pun tkle dipertahankan jgn harap lah pemimpin yg menggantikannye dpt bertahan lama. Bila ni terjadi, yg bersorak gembira adalah musuh2 bangsa dan agama.

    BalasPadam
  6. Tak perlu tngu org atas utk sedar sbb masing2 kena sedar diri. Hari2 kna mntk ampun, bersangka baik dan berdoa agar kita semua termasuk pemimpin2 diberi petunjuk agar selamat agama, negara, bangsa dan sekalian umat nabi muhammad s.a.w.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping