Khamis, Disember 31, 2015

Dengar katanya, Si Tony Puaka tu sekarang tengah menggelabah dan ketar kepala lutut selepas mendapat berita bahawa pihak Peguam Negara sudah menerima dokumen dari Bangkok.

Katanya, pihak Jabatan Peguam Negara sudah menerima dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada rakan sejawatannya di Thailand.

Dokumen itu juga termasuk maklumat yang telah dikongsikan oleh bekas kakitangan syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dengan Sarawak Report yang didakwa di Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata dokumen itu telah diserahkan oleh Jabatan Peguam Negara Thailand pada Khamis.
"Kami sedang menunggu AGC (Jabatan Peguam Negara) untuk meneliti dokumen itu sebelum menyerahkannya kepada kami.
"Dokumen itu termasuk maklumat yang dikongsi Justo bersama pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan juga transkrip soal siasat antara polis Malaysia dengannya di Thailand baru-baru ini," katanya di Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata dokumen tersebut akan disemak oleh polis sebelum siasatan dilengkapkan. Pada 15 Disember lalu, polis Malaysia dilihat memasuki penjara di Bangkok pada jam 10 pagi waktu tempatan untuk bertemu Justo.

Pasukan polis Malaysia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Pada 17 Ogos lalu, Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok kerana mencuri data termasuk e-mel, dokumen dan beberapa bahan lain milik PetroSaudi International.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping