Heh! Kira dah macam sinonim pulak Si Nurul Izzah ni dengan mainan wayang 'Air Mata Buaya' yang sentiasa dijadikan sebagai bahan modal untuk meraih sokongan Simpati Murahan.
Tapi, walaupun Si Nurul Izzah tu menangis 'Air Mata Darah' sekali pun, ianya tidak dapat menghalang dia dari dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk tindakan selanjutnya.
Dalam keterangan yang diberikan oleh Si Nurul Izzah hari ini, dia sekali lagi meminta maaf kepada keluarga mangsa pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 yang lalu.
Kesal dengan tindakan yang telah dilakukan, anak sulung kepada Si Ketua Penipu tu dilaporkan tidak dapat menahan sebak ketika diberi peluang untuk berucap di dalam Dewan Rakyat pada Khamis.
"Saya berasa amat kesal dan memohon maaf terutama kepada kesemua keluarga mangsa tragedi Lahad Datu, rakyat Sabah dan rakyat Malaysia secara keseluruhan yang terkesan dan marah akibat gambar tersebut.
"Setahun yang lepas saya berikrar akan pertahankan Perlembagaan Persekutaan dan rakyat negara ini terhadap anasir luar dan dalam.
"Ingin saya tegaskan...keinginan saya, dan kesediaan saya sebagai Ahli Parlimen untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk pastikan rakyat Sabah yang masih terkesan supaya kedaulatan negara kita tidak dicabul," katanya dalam nada sebak.
Hakikatnya semua orang pun tau, nada sebak Si Nurul Izzah tu hanya taktik Politik Murahan yang seringkali digunakan bagi meraih sokongan Simpati dikalangan Ahli Parlimen.
Maka sebab itu Si Nurul Izzah tu tetap juga dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan diatas perilaku sumbang yang telah dilakukan sebelum ini sewaktu berjumpa dengan Puteri Kiram tu.
Apa yang pasti, Si Nurul Izzah tu belum benar - benar kenal erti penyesalan. Permohonan maaf yang dibuat tu belum cukup untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan kepada rakyat.
Mana mungkin rakyat di Malaysia ni sebegitu mudah akan melupakan tindakan Si Nurul Izzah tu yang dilihat cuba bersekongkol dengan pihak musuh Negara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri!!! Kalau dah terlajak laku, tanggung la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.