Khamis, Januari 07, 2016

Hehehe!!! Tak sangka pulak. Kita ingatkan melayan kerena Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja tu je yang boleh buat serabut perut. Rupanya, melayan telatah Macai dia pun dua kali lima je.

Biarpun semalam pihak Kerajaan Pusat melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kerajaan Negeri Pahang dah buat keputusan, masih ada jugak yang meroyan tak tentu arah.

Walhal, kedua - dua pihak Kerajaan dah pun membuat keputusan untuk membekukan perlombongan bauksit di Kuantan tu selama 3 BULAN bermula 15 Januari 2016. Pun masih tak cukup lagi?

Kali ini, diorang pertikaikan pulak kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang mengenai soalan yang diajukan oleh pihak media mengenai desakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

Kat situ pun dah buat kita rasa hairan. Kenapa pulak orang di Pulau Pinang nak sibuk buat desakan sedangkan diorang takde kaitan pun dengan isu tu? Isu bauksit ni ada di Pulau Pinang ke?

Dan sehingga artikel ini ditulis, memang takde lagi pihak yang membuat tuntutan pampasan, terutama dikalangan nelayan seperti mana yang telah didesak oleh pihak persatuan tersebut.

Itu satu persoalan yang dapat kita jelaskan. Yang keduanya ialah mengenai kenyataan MB Pahang mengenai tuntutan beberapa wakil penduduk yang memohon untuk mendapatkan lesen bauksit.

Bukan ke sebelum ini ada sekumpulan wakil peneroka Felda Bukit Goh yang membuat tuntutan agar pihak Kerajaan Negeri untuk meluluskan lesen diorang boleh dapat pendapatan tambahan?
KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta mempertimbangkan segera pengeluaran lesen melombong bauksit kepada 32 kontraktor di Felda Bukit Goh untuk kepentingan peneroka di kawasan tanah rancangan itu selain mengelak lebih banyak masalah timbul. - laporan Sinar Harian, 25 Julai 2015.
Desakan itu dibuat oleh wakil penduduk dikawasan tersebut ekoran pengumuman pihak Kerajaan Negeri mahu membatalkan lesen kontraktor sedia.

Dan apa yang lebih menariknya, desakan itu juga turut disokong oleh puak - puak PAS Pahang secara terbuka dan ianya turut disiarkan di laman portal rasmi mereka sebelum ini.

Nah!!! Bukan ke itu bukti bahawa memang ada dikalangan penduduk - penduduk di Kuantan tu sendiri yang mendesak agar perlombongan bauksit ni diteruskan? Tu pun belum kita cerita mengenai pengampu PKR yang diam - diam dah pajak tanah mereka sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping