Khamis, Januari 07, 2016

Aduhai!!! Biasanya, Si Pak Mus ni yang kuat meroyan tak tentu arah. Tapi kali ni lain pulak nampak gayanya. Situasi semasa dah terbalik. Kenyataan Si Pak Mus ni pulak yang buat orang meroyan.

Jika semalam, bukan main kecoh lagi puak - puak DAPigs serta Pentaksub dan Pengampu mereka bersorak apabila PAS umum menolak sebarang kerjasama Politik dengan Barisan Nasional.

Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura Ulama PAS mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk tidak menjalinkan 'Tahaluf Siyasi' dengan parti Kerajaan memerintah.

TAPI, ramai yang terlepas pandang apabila PAS menyatakan bahawa mereka masih lagi bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO demi untuk memenuhi tuntutan didalam agama Islam.

Maka sebab itulah Si Pak Mus ni kata, PAS tidakkan akan ber-Tahaluf dengan UMNO, sebaliknya mereka hanya akan menjalinkan Taawun dalam isu - isu yang membawa kebaikkan.
"Taawun ok, tahaluf 'no'," kata Mustafa kepada sebuah portal bagi memberikan tafsiran terhadap keputusan Majlis Syura pada mesyuaratnya Sabtu lalu dan diumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata PAS hanya akan bertahaluf dengan PKR dan parti kecil yang lain, serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, tetapi tidak dengan Umno, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan.


"Kita akan bertaawun dengan Umno untuk perkara kebaikan. Misalnya untuk memajukan ekonomi Bumiputera, untuk memajukan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dan seumpamanya. Tetapi tidak bertahaluf atau bekerjasama dari segi politik," tegasnya.
Dalam erti kata lainnya, walaupun PAS kata diorang menolak Tahaluf dengan UMNO seperti mana yang mereka buat bersama DAPigs dan PKR sebelum ini, namun mereka masih ada 'Konsensus'.

Maknanya, PAS masih lagi mengamalkan dasar 'Setuju Untuk Tidak Bersetuju' dengan UMNO dalam beberapa isu terutama dalam isu - isu yang membawa kebaikkan kepada umat Islam.

Secara tak lansung, jika sebelum ini PAS boleh mengamalkan dasar tersebut, kenapa tidak mereka melakukan perkara yang sama dengan UMNO? Apa yang pasti, tindakan itu yang akan membuatkan puak - puak DAPigs tu hilang akal bila melihat umat Islam bersatu!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. UMNO pun bukan nak ajak PAS berkerjasama politik tapi kerjasama pembangunan syiar islam. Jangan salah faham.

    BalasPadam
  2. pas guna ahlak taawun
    bukan tahalup cyac he he.tentu ok gak dari xok.pada pru14 akan berlansung cam biasa berebut2 kerusi...taawun pas tak lah mcm dap/pr-yasta'in wala yu'in..dan pan-tonto ho ho

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping