Selasa, Januari 05, 2016

Nampak gayanya, tak habis lagi perbalahan diantara Si Chagubard ni dengan Azmin. Benci betul Si Chagubard tu dengan Si Azmin ni rupanya. Masih tak padam lagi dendam kesumat dia.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia kali ni mendakwa Si Menteri Besar Selangor tu berbohong apabila mengatakan penganugerahan kawasan balak di negeri itu dijalankan secara tender terbuka.

Dalam sidang media di Pejabat SAMM di sini pagi tadi, beliau mendakwa dua dokumen Majlis Mesyuarat Negeri membuktikan kawasan pembalakan terbabit diberikan kepada dua syarikat tanpa proses tender terbuka.
“Di sini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu, mendapatnya secara tender terbuka.
“Dalam tangan saya ada dokumen MMKN yang membuktikan tiada proses tender terbuka dijalankan sebelum dua syarikat itu mendapat kawasan balak.
“Dan kalau benar tender terbuka dijalankan, mana iklan tendernya? Saya sudah buat carian dan tidak jumpa,” katanya lagi.
Memetik laporan media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini pada 17 Disember lalu, Azmin mendakwa setiap perolehan di Selangor dibuat secara tender terbuka sejak tahun 2008.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Chegubard sebagai fitnah dan mencabarnya agar mengemukakan bukti. Namun tiada sebarang tindakan undang - undang diambil terhadap dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Chegubard memberi kata dua kepada Azmin agar menarik balik kenyataannya dan memohon maaf, atau mengisytiharkan dua dokumen tersebut bukan sebagai dokumen rahsia.

Kesimpulannya, kalau benar dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard tu adalah tidak benar, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu takut nak ambik tindakan? Kalau dia berani, saman la Si Chagubard tu. Jangan setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping