Selasa, Januari 05, 2016

Dalam keseronokkan Si Foziah tu nak tunjuk Hero, mendesak pihak Kerajaan 'menggantung lesen' mengeksport Bauksit ni, jangan dia lupa pulak pendedahan yang dibuat dibawah ni.

Jika semalam, ada dah pihak yang berani bersuara dan mendedahkan pembabitan dikalangan puak - puak Pembangkang tu sendiri dalam aktiviti Bauksit yang sedang hangat di Kuantan tu.


Dan dalam masa yang sama, ada jugak pendedahan yang dibuat terhadap pemilik tanah persendirian yang memajak tanah mereka kepada taukey - taukey Bauksit dari luar untuk mendapat habuan.

Daripada sumber yang diterima, tak kurang dari 30 orang pemilik tanah persendirian ni yang terlibat. Malah ada dikalangan mereka juga merupakan penyokong tegar Pakatan Haprak tu.
Diantara kawasan Tanah Persendirian yang dipajak oleh penduduk setempat.
Kebanyakkan dari mereka tak tinggal dikawasan yang terbabit. Ramai yang tinggal dirumah anak yang terletak jauh dari kawasan yang tersebut. Yang duduk di Kuala Lumpur pun ada juga.

Rata - rata pemilik tanah ni mendapat habuan dari broker atau orang tengah dengan nilaian diantara RM 300 ribu sehingga RM 500 ribu bagi beberapa ekar tanah yang dipajak kepada kontraktor luar.

Kaedahnya mereka memajak tanah ni dengan menyalah-gunakan permit memindahkan tanah dimana tanah yang dikorek boleh dijual kepada pihak kontraktor yang terlibat secara haram.

Tanah milik sendiri beb. Nak pajak tanah hak diorang. Kalau nak dihalang, diorang ada geran tanah. Tempoh pajakan diantara 3 hingga 5 tahun. Duit semua dah dapat. Apa lagi yang boleh dibuat?

Maka sebab itu kita anggap desakan untuk 'menggantung lesen' seperti yang dibuat oleh Si Foziah tu sebelum ini Tak Masuk Akal sebab ianya tidak menyelesaikan masalah. Kalau Si Foziah tu setakat nak raih 'Publisiti Murahan' je, baik tak payah banyak cakap!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping