Hehehe!!! Kalau bab nak bagi alasan untuk melepaskan diri dari sebarang tuduhan, memang takde orang lain yang lebih 'Legend' jika nak dibandingkan dengan Si Menteri Besar Cap Ayam ni.
Mana tidaknya. Alasan yang paling popular digunakan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam ialah dengan mempersalahkan kepimpinan terdahulu. Terutama sekali Si Khalid Ibrahim tu.
Maka sebab itulah Rejim Pakatan Selangor tu menjadi bahan lawak apabila mendakwa kos RM9.8 juta bagi projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan ditanggung oleh penderma.
“Alasan ini paling ‘legend’ dan mengundang senyum sinis pelbagai pihak. Sebelum ini kita serang Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tapi kali ini pemimpin kita pun guna alasan yang sama,” katanya Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin.
Dia mendakwa isu ‘Derma’ hanya muncul selepas projek itu menerima kritikan ramai dan tidak pernah disebut ketika ia diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jika derma, kenapa tidak disebut dalam belanjawan ketika projek diluluskan, tetapi hanya muncul setelah projek membazir ini diserang?"
Sebelum ini ADUN Taman Medan dalam satu kenyataan berkata, Rejim Pakatan Selangor hanya mendahulukan pembayaran bagi projek itu, manakala bakinya akan dikutip dari "Derma".
Badrul Hisham atau yang lebih dikenali dengan nama samaran Chegubard menyifatkan amalan itu menyalahi tatakelola kewangan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor sebelum ini.
“Bayaran (wang kerajaan negeri) diberi kepada kontraktor. Bagaimana nak rekod wang ‘derma’ ke dalam akaun bagi tebus balik wang yang sudah keluar? Dalam tatakelola kewangan, perbelanjaan adalah perbelanjaan,” katanya lagi.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu juga turut mengkritik aspek keselamatan dan perkembangan projek menaik-taraf pintu gerbang itu tidak mengikut jadual.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.