Selasa, Januari 05, 2016

Hah! Kan kita dah cakap dah. Memang serabut perut bila melayan kerenah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni. Apa yang dia tau buat hanya melalak tak tentu arah macam orang hilang akal.

Hampir setahun lebih isu mengenai Bauksit ni dibangkitkan. Tapi, kenapa baru sekarang Si Foziah tu nak bukak mulut dan berlagak macam Hero bercerita pasal isu Bauksit di Kuantan?

Semalam, Si Foziah ni tampil lagi dengan membuat dakwaan KONONnya pihak Kerajaan Negeri tak ambik sebarang tindakan penguatkuasaan bagi menghalang isu Bauksit ni dibangkitkan.
“Kerajaan negeri harus tegas, pastikan ada penguatkuasaan agar perkara ini tidak berlaku. Ini tidak dibuat dan seolah-olah ludah kelangit,” katanya kepada FMT di sini, hari ini.
Mungkin selama hari ini Si Foziah tu Tidur Nyenyak kat rumah mewah dia di Kuala Lumpur. Maka sebab itulah dia tak ambik tau apa yang berlaku dikawasan dia sendiri. Rentetannya:
Februari 2015 - Kerajaan Negeri berjumpa dengan semua pengusaha Bauksit dan juga agensi - agensi Penguatkuasaan seperti PDRM, JPJ, SPAD dan jugak PTG untuk selesaikan masalah.

Mac 2015 - Kerajaan Negeri bersama dengan agensi penguatkuasaan termasuk MPK melancarkan Ops Bersepadu selama 24 jam sepanjang dua bulan bagi mengatasi masalah yang berbangkit.

Mei 2015 - Kerajaan Negeri memperkenalkan 6 Langkah Penguatkuasaan serta merta bagi menangani masalah Bauksit yang dibangkitkan ADUN didalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Ogos 2015 - Kerajaan Negeri telah membatalkan lesen perlombongan dan Permit 4C terhadap pihak yang telah menyalah-gunakannya untuk mengeksport bahan tersebut ke luar Negara.

September hingga Oktober 2015 - Sebanyak 5,000 buah lori  telah disita dan dikenakan kompaun oleh pihak agensi penguatkuasaan yang terlibat sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Antara agensi penguatkuasaan yang terlibat ialah PTG - menyita 213 buah lori, JPJ - dua buah lori disita, SPAD - 628 buah lori dikompaun dan Majlis Perbandaran Kuantan - 577 lori disita.
Malangnya, penguasaha - pengusaha persendirian yang telah memajak tanah hak milik peribadi penduduk dikawasan sekitar tetap tidak mengendahkan semua langkah - langkah yang telah diambil.

Nah! Sekarang, dimana bukti terhadap tuduhan yang dibuat oleh Si Foziah tu? Punya banyak langkah - langkah yang telah diambil, takkan itu pun Si Foziah tu tak tau? ATAU, dia memang sengaja berpura - pura dengan niat untuk mengelirukan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. FOZIAH Salleh kerja ni apa yang dia buat, gaji buta. masih ingat bagaimana dia heboh tentang kilang LYNAS dulu sampai ketahap memotong ayam yang sudah mati dan berkata ayam itu mati disebabkan LYNAS. Kebanyakan issue dan fitnah yang dibawa PKR and the geng adalah fitnah, make up stories.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping