Jumaat, Januari 08, 2016

Haduyai!!! Ini yang menjadi masalah ni. Anak takde apa - apa, tapi Si Bapak pulak yang mengada - ngada lebih menuntut Hak Keistimewaan sebagai banduan. Apa yang 'Istimewa' sangat Si Peliwat tu?

Kenapa dia diberikan layanan yang lebih istimewa jika nak dibandingkan dengan banduan - banduang lain sedangkan sakit yang dialami oleh anak dia takde la kritikal mana sangat pun.

Walaupun ada dikalangan puak - puak Parti Keluarga Rosak tu sebelum ini kata, kecederaan yang dialami oleh Si Nurul Nuha tu tak serius, kenapa Si Ketua Penipu tu masih diberi kebenaran untuk melawat?

Tidakkah itu membuktikan bahawa pihak Jabatan Penjara mahupun Kerajaan Malaysia ni tidak zalim seperti mana yang diperkatakan oleh mereka sebelum ini. Takde la kejam sangat.

Bahkan, tindakan Jabatan Penjara membenarkan Si Ketua Penipu tu keluar membuat lawatan sewaktu anak dia mendapatkan rawatan juga membuktikan Kerajaan tidak menghalang Hak Asasi Manusia.

Jadi lepas ni, tak payah la puak - puak Pakatan Haprak tu nak meroyan tak tentu arah mempersoalkan isu berkaitan 'Hak Asasi' ni. Terutama sekali dikalangan Parti Keluarga Rosak tu. Kot ye pun diorang dah Sesat, jangan la nak menyesatkan orang lain pulak!!!
PETALING JAYA: Keadaan kesihatan anak kedua bekas ketua pembangkang, Nurul Nuha Anwar yang mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh ketika melalui tempoh awal kehamilannya kini beransur pulih.

Lebih melegakan apabila kakak sulungnya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mengesahkan bahawa kandungan anak ketiga adiknya itu juga selamat.

"Alhamdullilah Nuha makin pulih. Kini berehat di rumah bapa di Segambut. Doktor menyarankan supaya dia banyak berehat supaya kecederaan di kepala surut dan pulih sepenuhnya. Keadaan bayi baik dan tidak terjejas akibat kecederaan Nuha,” katanya.

Nurul Nuha yang mengetuai kempen 'March to Freedom’ bagi pembebasan bapanya telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara selepas terjatuh di rumahnya pada 23 Disember lalu.

Susulan itu, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun diberi kebenaran oleh pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat anak perempuannya itu pada 25 Disember lalu.


Perkara itu seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi dan menjadi kontroversi dikalangan rakyat yang merasa hairan, kenapa beliau diberikan kebenaran sedemikian.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kerajaan sekarang ni lebih berlembut dengan pembangkang berbanding ahli parti sendiri. Itulah hakikatnya. Agaknya nak suruh beramai2 berpindah masuk kem pembangkang agar tidak tetaniaya dan terasa diperbodohkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping