Jumaat, Januari 08, 2016

Hah! Ini baru betul cara nak buat teguran. Bukannya main hentam kromok tak tentu arah dan melalak macam orang hilang akal. Nak buat teguran pun biar la dengan keadaan yang berhemah.

Tapi, apa boleh buat. Dah perangai Si Foziah tu memang tak boleh dipakai. Nak harap dia buat kerja, satu hapah pun dia tak reti. Orang lain dah lama bersuara pasal bauksit, dia baru nak bukak mulut.

Itu je la yang dia tau buat pun, bercakap je. Mengkala dia nak tampil memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, jangan mimpi la. Setakat buat spekulasi boleh la.

Maka sebab itulah kita kata, serabut perut je melayan kerenah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni. Cakap apa pun, tak guna bagi dia. Dia nak dia jugak yang betul. Orang lain kena ikut cakap dia.

Belum apa apa lagi, dah ada yang menyalak kata tempoh 3 Bulan untuk menggantung semua aktiviti berkaitan dengan bauksit yang diputuskan oleh pihak Kerajaan sebelum ini tidak mencukupi.

Kerajaan tak ambik tindakan marah. Kerajaan dah ambik tindakan pun tak puas hati jugak? Jangan harap la dia nak ucap 'Terima Kasih'. Mati hidup semula pun belum tentu dia akan buat.

Bagi PAS Pahang, tempoh 3 Bulan itu perlu digunakan sepenuhnya oleh pihak Kerajaan untuk mengkaji kelemahan serta memperbaiki peraturan sedia ada bagi memastikan isu bauksit ni tak timbul.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, kerajaan perlu memastikan segala kelemahan diatasi sebelum membenarkan semula aktiviti perlombongan bahan mineral itu diteruskan.

“Kita dapat lihat kemusnahan alam sekitar pada masa kini dan kerajaan perlu ada langkah yang proaktif dalam mengembalikan semula kerosakan alam semula jadi kepada asal semaksimum mungkin.

“Justeru, kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk mengelak pencemaran alam sekitar di negeri ini berulang lagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Katanya, Pas tidak menghalang kerajaan mendapat keuntungan hasil perlombongan itu, namun ia tidak seharusnya menggadai keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuk alam sekitar.

“Kerajaan kena bertegas dan jika didapati arahan dan peraturan tidak dipatuhi pengusaha, kerajaan harus proaktif hentikan serta-merta semua aktiviti walaupun ada pihak bakal rugi.


“Rakyat perlu jadi keutamaan berbanding keuntungan, ini bersesuaian dengan apa yang dituntut Islam agar pemimpin itu sentiasa memelihara maslahat rakyat,” katanya.
Macam ni la baru betul. Baru betul - betul menegur. Takde la macam yang dibuat oleh Si Foziah tu, main hentam sesuka hati dia je nak menyalahkan pihak Kerajaan tak tentu arah. Walhal, dia sendiri yang tak reti buat kerja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping