Sabtu, Januari 09, 2016

Haduyai!!! Memang jenis muka tak malu betul. Sebelum ni, diorang jugak yang beria - ia sangat nak mintak cerai. Dah sekarang ni dok sibuk nak duduk serumah pulak. Memang tak masuk akal lansung.

Hari tu diorang jugak yang dok pertikai. Kata itu tak bagus la, ini tak baik la. Sekarang yang diorang sibuk nak desak supaya orang terima diorang duduk "sebumbung" ni menda kejadahnya pulak?

Jika sebelum ini, puak - puak parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu sibuk memburuk - burukkan PAS dan bertindak meninggalkan parti tersebut. Sekarang, diorang meroyan pulak.

Semuanya hanya semata - mata kerana nak jugak berebut jawatan sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah ditawarkan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu sebelum ini.

Walhal diorang bukannya tak tau agenda MB Cap Ayam tu. Dia nak supaya PAS dan puak - puak parti Periuk Si Mat Sabu tu terus berbalah sesama sendiri agar dia dapat kekalkan kedudukan.

Sekiranya perkara itu berlaku, maka rakyat tidak akan terlalu memberikan tumpuan kepada kelemahan serta kepincangan yang berlaku sepanjang dia menjalankan tadbir-urus Rejim Pakatan Negeri tu.

Dan tak mustahil juga sekiranya tindakan Si MB Cap Ayam tu adalah untuk meraih sokongan dari semua pihak. Kiranya, dia sapu 'Depan Belakang'. Yang penting, kedudukan dia selamat.

Tapi, dek kerana puak - puak parti "Periuk" pimpinan Si Mat Sabu tu mudah sangat digelapkan dengan habuan berupa jawatan, maka sebab itulah diorang tak nampak agenda sebenar Si MB Cap Ayam tu. Itu pasal la diorang masih meroyan mendesak PAS duduk sebumbung!!!
SHAH ALAM: PAS perlu menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, kata Khalid Samad.

Pengarah Komunikasi Amanah berkata, parti berkenaan berada di negeri itu dan PAS seharusnya menyedari kewujudannya.

"(PAS patut) terima kewujudan Amanah dan ia akan diteruskan, dan parti merupakan sebahagian daripada pentadbiran negeri Selangor," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. 

Menurut Khalid, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan kepada Amanah, dengan menjanjikan dua lagi dari rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.


Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan bahawa kerusi yang diberikan kepada parti berkenaan seharusnya datang dari PAS, dan bukan hanya dari PKR dan DAP.
Categories:

3 ulasan:

  1. getaran jiwa..menlanda hatiku
    tersusun nada..irama dan lagu
    walau hanya serhana..tetapi tak mengapa
    moga dapat membangkitkan..sedarlah kamu wahai insan
    tak mungkin hilang..irama dan lagu
    bagaikan kembang..sentiasa bermadu
    andai dipisah..lagu dan irama
    lemah tiada berjiwa..hampa...teng teng teng teng teng teng treng! terima kasiiiih!

    ok sekan lah nyanyian pan untuk anda semua.terima kasih gak pada pancaragam pr.
    apa kata pas? pan ni mcm gila kena talak ho ho

    BalasPadam
  2. JANJI TAK CURI DAN NEGAR HINGGA 2.6 BILION

    BalasPadam
    Balasan
    1. YANG CURI TU...KAN KE BAPAK PAK MENAKAN KO....

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping