Sabtu, Januari 09, 2016

Pembangkang terus’ double standard’ apabila bercakap soal politik. Mereka menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat dan laba politik malah ada masanya mereka ‘meludah’ Kerajaan tetapi akhirnya tertimpa muka sendiri.

Inilah terjadi kepada Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, menuduh dasar luar Malaysia menjadi antara yang teruk di dunia sejak Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Wong dalam sebuah artikel mengecam kepimpinan negara dan mengkritik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kononnya didorong oleh pertimbangan politik dan geopolitik

Sebab itulah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengecam malah berpendapat Ahli Parlimen PKR itu pasti akan menyatakan fakta-fakta kejayaan dan pengiktirafan negara jika jujur dalam tidak memutarbelit laporan PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) bahawa politik adalah motivasi perjanjian TPPA itu.

Bagi Anifah, pemimpin pembangkang itu hanya berhujah dengan bermotifkan kepada dasar nak menjaga kepentingan politik peribadi mereka semata - mata. Bukannya untuk rakyat dan Negara.

Malah kenyataan Cheng kata Anifah mencerminkan kecetekan pemahaman ahli parlimen pembangkang itu berhubung selok-belok dunia diplomasi dan perkembangan dasar luar negara selama ini.

Soalnya, bagaimana pula dengan dasar luar negara yang menjadi amalan PKR selama hari ini? Bagus sangat ke sehingga pemimpin PKR tu lantang mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan?

Adakah parti yang dianggap milik keluarga Si Ketua Penipu tu mengamalkan dasar luar negara yang membawa kebaikan kepada negara atau semata-mata untuk Anwar dan parti pembangkang?

Tentunya sebagai parti politik yang sejak dulu dalam mood ‘standby’ menuju dan mengambil alih Putrajaya mempunyai dasar luar negara yang jelas berdasarkan tindak tanduk Anwar dan pemimpin PKR lain.

Cheng patut menjawab apa tujuan Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua berhubung dengan keluarga Kesultanan Sulu yang berterusan menuntut Sabah.

Tidakkah ianya bertujuan mendapatkan campur tangan pihak luar bagi tujuan membebaskan Anwar yang kini merengkok di dalam penjara kerana kesalahan meliwat?

Dasar luar negara PKR juga seolah-olah macam bersedia melutut kepada Amerika Syarikat kerana menuntut campur tangan negara barat itu hanya untuk kepentingan manusia bernama Anwar termasuk membolehkan bekas ketua pembangkang itu dilantik menjadi Perdana Menteri.

Rakyat negara ini tentu masih ingat bagaimana isu-isu berkaitan Anwar sentiasa diadukan kepada Amerika Syarikat termasuk mengemukakan petisyen di laman web white House menuntut campur tangan negara itu terhadap perbicaraan kes liwatnya.

Begitu juga apabila Anwar mendakwa 40 ribu pekerja asing Bangladesh mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 lalu, akhirnya menjadi ‘lawak’ kerana ia jelas hanya rekayarsa pembangkang setelah gagal menawan Putrajaya.

Paling hebat apabila PKR meminta Amerika Syarikat menjadikan pembebasan Anwar sebagai tunggak utama dasar luar negara Amerika Syarikat sehingga membuatkan beberapa pemimpin pembangkang dan sekutu mengadu hal negara kepada pemimpin asing.

Ini semua ‘dasar luar negara’ yang telah diamalkan oleh PKR dan tenyata ianya amat memalukan. Ia mendedahkan bahawa PKR mempunyai dasar luar negara yang merestui campur tangan Amerika syarikat dalam hal ehwal negara ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping